Fruity Peach Heart ME AND MY LIFE: September 2013

Rabu, 18 September 2013

JODOH PASTI BERTEMU... :')

Assalammualaikum semua... lama tak update blog yee.. hehe.. busy sikit skang ni.. banyak kerja nak kena buat.. well...biaseee laa..nak masuk form 5 dah...hehehe.. lagi 3 bulan lebih macam tu...hopefully will get the best laaaa.... =D

pasal entry kat atas tu, JODOH PASTI BERTEMU, betul la kan?? kalau dah jodoh, Allah akan pertemukan la.. tajuk kat atas tu, aku ambik dari lagu Afgan.. best lagu tu.. cuba la dengar..hehe.. first time aku dengar dalam kereta...buka radio Hot fm.. keluar lagu ni.. memang lirik dia kena dengan aku la.. aku dengar lagu ni, terus fikiran aku terfikirkan dia.. teringat dia.. tapi apakan daya.. aku bukannya sapa-sapa dalam hidup dia... memang banyak lagi laki lain selain dia.. tapi hati aku tak pernah tertarik lansung...hati aku hanya bertindak balas pada dia ja.. acewahh...haha..macam eksperimen pulak.. bertindak balas.. tapi serious talk, memang hati aku cuma akan berdebar-debar dengan dia ja.. tak dak orang lain.. sampai sekarang, aku berharap kat dia lagi.. dah masuk 1 tahun 4 bulan... tak boleh lupa dia lagi.. tak pa la.. lama-lama In Shaa Allah, boleh la lupa.. kalau ada jodoh, bersatulah...

Isnin, 9 September 2013

HELLO ! MR ARROGANT EP 3

"sha,mai makan... aku masak ni...", kataku kepada Qalisha.. "kejap..",kata Qalisha... aku menghidangkan makanan-makanan diatas meja.. selepas itu, Qalisha datang ke dapur.. "kau buat pa lama sangat?",soalku.. "kemas depan tu sikit.. semak..",kata Qalisha.. aku makan bersama Qalisha. selesai makan, aku dan Qalisha solat maghrib secara berjemaah..malam itu, aku hanya menonton televisyen manakala Qalisha sibuk dengan komputer ribanya...aku yang berasa bosan,mengajak Qalisha keluar ke bandar.. "sha, jom keluar.. bosan siot...". "ha ye la.. jom.. kita ronda-ronda KL la..",cadang Qalisha.. aku menganggukkan kepala..  kami keluar dan bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur.. " jom pi KLCC kejap.. nak beli benda la..",ajakku.. Qalisha hanya menurut..  kami berdua sampai di KLCC dan aku pergi membeli barang yang diingini.. ketika aku ingin keluar, tiba-tiba saja aku terlanggar sekali lagi seorang lelaki.. "maaf,maaf.. saya tak se.....",belum sempatku menghabiskan kata-kata, mukaku terus menjadi merah.. "kau lagi ! kenapalah aku asyik jumpa kau ja.. takdak orang lain ka? ha ? ish..eiii !",marahku.. "woi.. senyaplah.. kau membebel apahal...bising la kau ni..",kata rayyan... "kau tu.. hari tu langgar, tak mintak maaf.. sekarang jumpa kau lagi.. sombong !",kataku marah... "diamlah minah.. kau tu yang buta.. bukan nak tengok orang dah.. mata letak lutut ka?"....
darahku lagi menyirap selepas bergaduh dengannya.. selepas itu, Rayyan terus pergi tanpa menghiraukanku.. "tak guna",kataku didalam hati.. 

di hospital....
aku pergi melihat keadaan Datuk Dahlan Darwisy di wad VIP, lelaki tua yang aku bedah kelmarin.. "datuk,macam mana datuk hari ni?",soalku.. "saya sihat saja doktor.. dah okey sikit..",jawabnya.."Alhamdulillah..bagus la kalau macam tu.. banyakkan berehat ye datuk.. saya keluar dulu.."



tok ! tok !,bunyi pintu diketuk.."masuk !" "atuk. atuk macam mana? dah sihat ke?" "aku macam ni la.. sihat la sikit dari sebelum ni..kamu dari mana ni Rayyan?" "saya dari office tadi.. datang singgah jenguk atuk kat hospital.." "hmm..ye la.."
"malasnya nak duk dengan atuk personal macam ni.. satgi mesti cakap pasal kahwin.. rimas aku.." bebel Rayyan dalam hati..
"Rayyan, atuk nak tanya ni.. bila kamu nak kahwin? nak tunggu atuk dah takde baru nak kahwin?",soal Datuk Dahlan.. "aku dah agak dah...aihh..",kata hati Rayyan.. "err atuk.. bukan macam tu la.. takde jodoh lagi.. nanti laa... dah-dah.. atuk rehat la.. Rayyan nak ke tandas kejap",kata Rayyan mencari alasan... "asal cakap pasal kahwin je, lari,lari.. huh !",kata Datuk Dahlan dengan nada yang agak tinggi..







(ni sambungan ep 2 hari tu.. dah lama xupdate.. heheh ^^)