wanita cepat untuk merasa sedih,gembira... mengingatkan perkara yang sudah berlalu, lebih membuatkan hati terasa sakit....
ayat di atas memang betul... aku ibarat tidak mahu tidur sebab bila aku tidur, aku akan mimpi dia.. dalam realiti aku usaha melupakan dia... bila kita tiba-tiba mimpi dia, kita bangun, fikiran kita akan terus ingat dia... terus memikirkan dia..itulah yang terjadi hari ni... aku tertidur petang tadi, tiba-tiba aku mimpi dia... aku mimpi yang dia sudah menyukai orang lain....dalam mimpi tu, aku rasa sedih sangat.... aku macam nak menangis.. tapi aku tahan ja... bila aku terjaga, fikiran aku terus bercelaru.. aku fikir adakah mimpi tu petunjuk dari Allah yang mengatakan dia bukanlah untuk aku atau mimpi itu hanya mainan syaitan semata-mata...aku tak tahu... bila aku terfikir macam tu, ada jalan penyelesaian yang terbaik... tapi aku tak boleh bagitau kat sini.. biarkan itu rahsia...tapi mesti ada orang yang boleh agak apa jalan penyelesaian tu...mimpi tu terus bermain difikiran aku... sehingga saat tadi, aku tak dapat menahan air mata... akhirnya dia gugur juga.. aku terlalu menginginkan dia bersama dengan aku dalam kehidupan ni...hanya Allah yang Maha Mengetahui isi hati aku dan apa yang akan berlaku.. aku tetap berserah kepada Allah ja...hanya Allah tempat aku boleh meluahkan isi hati aku, keresahan aku,kesedihan aku...hanya Allah yang Maha Mendengar masalah aku... kalau aku mengharapkan insan disekeliling aku mendengar masalah aku ni, alamatnya tetap tak tenang la.. sebab nasihat yang diberikan, tak seperti yang aku harapkan... contohnya, bila aku cerita masalah macam ni, mesti mereka akan cakap, lupakan je la dia... tak dapat faedah ingat kat dia.. see??? jawapan macam tu memang aku tak mau... kalau aku luahkan pada Allah, Allah akan bagi petunjuk, tunjukkan kita jalan yang kita boleh capai keinginan kita...atau Allah akan berikan yang lebih baik... Allah lah tempat terbaik untuk kita...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan