"tidak ! jangan ganggu aku.. pergi, pergi,pergi !". "Nurin, bangun.. we bangun la.. mengigau teruk la hang ni..",kata Qalisha sambil menggoncang tubuhku.. aku terjaga dan berasa sedikit pelik.. baru aku sedar, aku telah bermimpi... "dah..bangun,bangun.. pergi mandi.. kita kena pergi kerja ni..",bebel Qalisha lagi.. aku hanya menurut.. aku mencapai tuala dan terus menuju ke bilik mandi.. selepas itu,aku bersiap-siap ke tempat kerja.. aku dan Qalisha bekerja di tempat yang sama iaitu Hospital Besar Kuala Lumpur.. aku sebagai seorang doktor jantung dan Qalisha pula ialah doktor ortopedik... aku selalu ke tempat kerja bersama Qalisha.. kami berdua sering berkongsi kereta..itu lebih menjimatkan.. semasa didalam kereta, kami berbual sesuatu," we sha, aku balik lambat sikit hari ni..jadul aku pack la..",kataku.. "okey..aku pun kena balik lambat jugak..haha..ada apa-apa call aku nanti..",jawab Qalisha.. "okey sayang..",kataku sambil tersengih.. selepas beberapa minit perjalanan, kami akhirnya sampai di tempat kerja.. aku dan Qalisha berpisah dan pergi ke tempat masing-masing...
aku melihat jadualku,dan aku ada pembedahan pada pukul 10 pagi.. "aku kena buat persiapan ni..",kataku didalam hati.. sebelum itu, aku pergi ke kafeteria untuk menjamah sedikit makanan... perutku sudah berbunyi seperti gempa bumi.. aku memesan jus oren dan sedikit roti bakar.. pesananku siap dan aku ingin menjamahnya disatu sudut.. semasa aku sedang membawa makanan dan minuman,seorang lelaki telah melanggarku.. minumanku jatuh diatas bajuku.. aku sedikit terjerit.. lelaki itu hanya memandang dan berlalu pergi... "hoi ! tak reti mintak maaf ka?",jeritku... lelaki itu memandangku.. dia hanya tersenyum sinis.. "kurang asam punya jantan.. takdak adab lansung..eiii ! geramnya...",gumamku... aku pergi ke bilik air untuk membersihkan bajuku yang telah kotor.. mujur aku selalu membawa baju kurung lebih sebagai ganti.. aku menukar baju kurung yang baru di bilik persalinan... "laki tu, kalau aku jumpa lagi, memang aku punch muka dia cukup-cukup..",bebelku sendirian... aku melihat jam ditangan.. hampir pukul 9.30 pagi.. "arrr ! aku dah lambat.. aku ada operation pulak ni..",gelisahku.. aku bersiap secepat mungkin..
selepas pembedahan....
"Alhamdulillah.. berjaya juga operation tu..",ucapku.. selepas pembedahan, Qalisha datang berjumpa denganku.. "nurin,jom..pergi lunch.. aku belanja.. amacam?". "wah...rezeki datang bergolek..aku on jee.. jom",jawabku...
aku dan Qalisha pergi ke sebuah restoran di bandar.. aku menceritakan tentang kejadian di kafeteria pagi tadi.. Qalisha hanya ketawakan aku.. "hensem tak laki tu?",soal dia.. "ish kau ni... cari hensem ja... aihh..",marahku... "ala, biar la.. saya suka..hahah...",ketawa Qalisha.. aku turut ketawa... selepas makan, aku dan Qalisha pulang ke hospital..
pukul 10 malam....
" nurin,jom balik..aku dah penat ni..operation saja hari ni..",kata Qalisha kepadaku.. aku menganggukkan kepala.. aku dan Qalisha pulang ke rumah... sebaik saja sampai di rumah, aku terus naik ke bilik dan merebahkan diri.. aku tertidur selepas beberapa saat diatas katil.. baru sekejap aku tidur, Qalisha datang mengejutku.."woi.. pergi mandi la.. bau hospital kat kau ni.. pergi sembahyang.. ". aku menggeliat dan jalan terhuyung-hayang ke bilik air.. Qalisha yang melihat gelagatku,ketawa sambil menggelengkan kepala..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan