Fruity Peach Heart ME AND MY LIFE: TAKDIR EP 22

Isnin, 5 Ogos 2013

TAKDIR EP 22

Aku terpaku melihat wajah lelaki itu.. aku melihat wajah lelaki itu dan aku melihat Qushairi.. wajah lelaki itu mirip dengan Qushairi.. "hai aida.. saya Qayyum..Adam Qayyum..",kata lelaki itu.. aku masih terdiam..tidak tahu apa yang hendak dikatakan.. aku memandang nina dan Qushairi untuk meminta penjelasan.. Qushairi memandang Nina dan mereka berdua tersenyum.. "aida, ni Qayyum.. adik kembar Qushairi...",jelas nina kepadaku.. "ha? kembar? kenapa aida tak tahu hairi ada kembar?",soalku kepada Qushairi.. "laa..tak tahu ke? haha.. saja hairi tak bagitau.. hairi ingat tak penting.. haha",jawab Qushairi.. apabila aku memikirkan semula, ada logiknya juga.. nama penuh Qushairi ialah Adam Qushairi.. adiknya Adam Qayyum.. "gambar tu?",kataku perlahan.. nina terdengar, dan dia menjawab," tu gambar Qayyum la.. haha.. aku dah tau lama dah kau suka hairi ni.. hairi yang mintak aku rahsiakan.. aku selalu jumpa Qushairi dengan Qayyum ni... mula-mula memang terkejut jugak la rupanya kau ada kena mengena dengan hairi ni...",jelas nina panjang lebar.. " hairi tau nina ni roomate aida sebab adik hairi bagitau.. so, hairi jumpa la nina,nak tau pasal aida..",jelas Qushairi pula.. "tapi nina.. kau suka laki dalam gambar tu, maknanya Qayyum la? bukan hairi?",soalku sekali lagi.. "kau jeles ek? haha.. ye la.. Qayyum la.. Qayyum dengan aku banyak gaduh sikit.. macam-macam..haha.. kami dah nak kahwin la..",jawab nina.. selepas mendengar cerita nina, aku bertambah terkejut.. "kahwin? wow..".
"aku tahu la aida.. kau jadi macam ni, sebab hairi kan? aku boleh nampak, sebab lepas kau nampak gambar tu, kau berubah terus.. jarang cakap dengan aku.marah la tu..hahah",ejek nina.. aku mencebikkan bibir.. "hairi tak pergi mana la..",kata Qushairi sambil tersenyum.. pipiku kemerahan.. "sampai hati..tak cerita..",kataku sedikit merajuk.. "ala.. sorry la.. maaf ok?",pujuk nina sambil memelukku.. Qayyum sedang berdiri disebelah Qushairi..apabila aku melihat wajah mereka, sememangnya aku tidak dapat membezakan wajah mereka berdua.. "jeles sampai memudaratkan diri..aihh..apa ni..",sindir Qayyum.. aku hanya tergelak... "lepa dah nak kahwin,kita bila lagi?",sampuk Qushairi... aku membulatkan mata dan kami ketawa bersama-sama..

selepas dua minggu...
aku dan Qushairi semakin membaik... Qayyum dan Nina juga dah tak bergaduh lagi..semuanya makin sempurna.. syukur kepada Ilahi yang memberikan semuanya... aku duduk termenung teringatkan semua kenangan yang berlaku.. "aihh..teringat sapa tu? teringat kat hairi ke?",soal Qushairi.. "eh..hehe.. ye la tu.. memang teringat hairi pun..",sindirku...
"jom,pergi makan.. lapar ni..",ajak Qushairi.. aku menganggukkan kepala sambil tersenyum.. aku bahagia sekarang.. semuanyaku panjatkan kesyukuran kepada Allah.. aku berjalan bersama Qushairi ke restoran dan berharap selepas ini menjadi lebih baik pada masa akan datang...

:okey !!!!!!! dah siap cerpen ni..tak tau lah boleh panggil cerpen ke tidak... panjang siottt... hahah.. siap akhirnya.. itulah penamatnya.. idea aku...ahhaha..lawak2.. oke la kan?? hehe.. ini semua REKAAN okey... i repeat 'rekaan'.... that's all.. cerpen syok2 ja... aku masih lagi seorang pelajar.. remaja... hanya untuk berseronok..sebagai bahan bacaan komik la boleh kita katakan..kawan2 aku yang baca, semua suka..hahah.. ok la.. ada peminat...hahah..okey..banyak sungguh okey aku.. dah2.. sini saja.. byee.... In Shaa Allah bertemu di cerpen akan datang..peace ^^..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan