Fruity Peach Heart ME AND MY LIFE: RINDU?? ^^

Sabtu, 17 Ogos 2013

RINDU?? ^^

Rindu?? sapa tak pernah rasa kan??? rindu satu perasaan yang kita rasa dalam hati kita apabila teringatkan seseorang yang kita sayang.. rindu boleh jadi satu perasaan yang indah kalau rindu kita dibalas.. rindu juga boleh jadi satu perasaan yang membebankan dan terseksa sebab kita terpaksa menanggung perasaan itu seorang diri.. tak dapat diluahkan kepada orang yang dirindui...mungkin dia sudah dimiliki,atau sudah tiada kena mengena dengan kita atau kita dan dia hanya kawan biasa...

sebenarnya rindu itu janganlah dibuang atau dipaksa hilang.. kalau tak kena gaya, mungkin kita juga yang berasa sakitnya.. jika rindu, boleh diluahkan kepada Allah didalam solat,berdoa kepadaNya.. 
okey.. aku ada baca satu blog ni..aku suka entri dia tentang perasaan Rindu ni...
RINDU ni dia... klik la...

dalam blog tu juga ada kisah tentang fatimah Az- Zahra dan saidina Ali Abu Bakar.. sweet sangat kisah dia.. hehe..kisah pendek tentang perasaan cinta Fatimah terhadap saidina Ali.. 

perasaan rindu ni tak bagus kalau diberitahu kepada orang lain.. kalau kita simpan perasaan rindu, diamkan diri saja sampai mati, kita boleh dapat pahala syahid.. sebab kita menahan hati kita, kita sabar dalam menghadapi rindu tu.. semua ni aku baca kat blog tu.. kalau nak faham lagi, lawatlah blog tu..

ni kisah Saidatina Fatimah Az-Zahra dan Saidina Ali:

 Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, Fatimah telah berterus terang dengan Saidina Ali akan sesuatu perkara, "Wahai Ali, sebelum aku menikahi engkau di Kota Mekah, ada seorang lelaki yang telah menjadi idola di hatiku. Aku sangat ingin kelak dia menjadi suamiku. Tapi semua itu aku simpan di dalam hatiku." kata Fatimah. "Kalau begitu, engkau menyesalkah mengahwini aku? Tanya Ali. "Tidak. Kerana pemuda itu adalah engkau." Jawab Fatimah

sweetkan?? hehe.. subhanallah.. perasaan cinta yang diluahkan hanya kepada Allah, akhirnya Allah permudahkan dan Allah satukan...Maha Suci Allah.. hebat!!!! harap macam ni juga..heheh.. Aamiin.. ^^ peace.. peace for Egypt...


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan