Sabtu, 3 Ogos 2013
TAKDIR EP 19
Selepas berjumpa hanis, aku menaiki kereta dan terus pulang ke asrama.. sepanjang di dalam kereta, aku tersenyum mengenangkan sahabatku itu... selepas beberapa minit, akhirnya aku sampai ke blok asrama.. aku meletak kereta berdekatan dengan blok asramaku.. aku mengambil barang-barang di tempat duduk belakang dan menaiki tangga ke bilik..bilikku terletak di tingkat pertama..aku mengetuk dan terus membuka pintu.. aku memberi salam tetapi tiada sesiapa yang jawab.. "nina mandi kut.",kataku perlahan.. aku melangkah tiga tapak,tiba-tiba kakiku terpijak sesuatu..rupa-rupanya aku terpijak sekeping gambar..aku mengambil gambar itu dan yang pastinya bukan gambar kepunyaaku.. dalam gambar itu, kelihatan seorang lelaki sedang berdiri..aku melihat gambar itu dengan lebih teliti dan aku terkejut kerana itu gambar Qushairi.. aku berasa hairan kerana aku tiada gambar dia yang seperti ini.. lama aku menatap gambar itu.. aku tidak perasan nina sudah keluar dari bilik mandi dan dia menegur," oi.. buat apa tu? apa hang pegang tu?",. nina datang dekat kepadaku dan melihat gambar yang aku pegang.. "eh,ni aku punya..",kata nina.. aku melihat wajah nina.."gambar hang ka? sapa laki dalam ni?" soalku... "err..boleh dikatakan dia la jawapan untuk soalan hang kat taman tadi..tapi dah lama dah tak jumpa dia..",jawab nina.. aku agak sedih mendengar jawapan kawanku itu... hati tertanya-tanya adakah mereka masih berhubung... "berhubung lagi ka?",tanyaku.. "hmm..dak dah...",jawab nina ringkas.."suka kat dia lagi ka?",tanyaku lagi.."entah la..tak tau nak jawab..tanya banyak nampak?". "ha? tak dak papa la..nah ! gambar hang..",kataku dan berlalu pergi meletakkan barang-barang...hatiku gelisah...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan