hari ini, aku tiada kelas dan begitu juga dengan nina.. kami ambil keputusan untuk pergi berjoging di taman... "woi nina, cepat la.. apa yang la.....",tidak sempat aku menghabiskan kata-kata aku terpaku melihat nina... "nina.. kau nak pergi joging ka, shopping?",tanyaku.. "ala...biar je la.. kut la duk joging tu jumpa jodoh..hahah",jawabnya.. aku hanya ketawa mendengar kata-katanya.. aku menaiki kereta nina ke taman... sebaik saja sampai disana, kami berdua turun dari kereta dan terus ke kawasan lapang untuk memanaskan badan... selepas 10 minit, aku dan nina memulakan aktiviti 'berjogging' di sekeliling taman itu... waktu pagi yang nyaman, menyegarkan tubuh badan..di taman itu juga terdapat sebuah tasik agak luas... aku mengajak nina ke tasik itu..kami berehat sebentar disitu... tiba-tiba aku menanyakan satu soalan kepada nina," kau tak dak sapa-sapa ka?". "ha? aku? entah..tak tau nak cakap macam mana...aku bagi jawapan ringkas,takdak la kut..". aku berasa pelik dengan jawapan nina.."kut? maksudnya macam ada ja pun..kau bohong aku ek?".
nina hanya diam.. aku seperti dapat merasakan nina pasti ada masalah.. "kalau ada masalah,boleh cerita kat aku.. aku no hal punya..". "nanti la aku cerita...",kata nina ringkas.. aku faham perangai nina yang tidak mahu menceritakan masalahnya dan lebih suka mendiamkan diri tetapi aku juga tidak mahu memaksa.. aku mengajak nina berjoging satu pusingan lagi..selepas satu pusingan, aku dan nina pulang ke kampus..
selepas membersihkan diri, aku ingin pergi membeli barang keperluan di pasaraya.. "nina, pinjam kereta jap.. nak pi pasaraya la..". "ambik la..kunci atas meja tu.",kata nina.. aku pergi mendapatkan kunci diatas meja dan keluar dari bilik.. perjalanan yang mengambil masa 20 minit, tiba-tiba menjadi 30 minit.. semuanya disebabkan kesesakan lalulintas di jalan utama tadi..akhirnya aku sampai di tempat yang ingin dituju..aku turun dari kereta dan mengunci pintu.. aku masuk ke dalam pasaraya dan terus mencari barang yang diinginkan...sedang sibuk memilih barang, tiba-tiba seorang wanita menyapaku.. "assalammualaikum, aida !". aku yang terkejut dan sedikit 'blur',menjawab salam sambil fikiranku ligat memikirkan siapakah gerangan wanita ini.. mataku membulat dan suaraku seperti ingin menjerit.." hanis !".aku sangat gembira dapat berjumpa kawan lamaku dari sekolah rendah dahulu.. sudah lama tidak berjumpa..
"we,buat apa sini?",soalku.."aku tinggal kat sini la..". aku terkejut mendengar jawapannya.. "hebat hang.. tinggal sini..",kataku..
"aku ikut keluarga aku ja..",jawab hanis.. selepas beberapa minit,hanis mengajakku pergi minum bersama.. aku menerima pelawaannya..kami berdua pergi ke sebuah kedai minuman berdekatan..."hang apa cerita sekarang?",tanyaku.."aku? aku macam ni la.. aku study biochem sekarang..hang pulak?",soal dia semula.." aku pun macam ni je la.. study medic.. Alhamdulillah la..". sedang kami asyik bersembang, aku dan hanis tidak sedar sudah 2 jam kami disitu.. aku pun sudah ingin bergerak pulang.."harap boleh jumpa lagi noo..seronok dapat jumpa hang",kataku... " In Shaa Allah..aku pun.. bye.". kami berpelukan sebelum berpisah... hati aku memang tersangat gembira kerana dapat bertemu lagi dengan rakan sejak sekolah rendah... sudah lama tidak berjumpa..kali terakhir aku berjumpa dia adalah pada hari terakhir persekolahan darjah enam..selepas itu, sudah tidak berjumpa lagi.. hari ini memang mengejutkan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan