Sudah 2 tahun aku meninggalkan alam persekolahanku.. sekarang aku berumur 19 tahun dan kini aku berada di bumi Kota London yang amat cantik sekali... aku disini kerana melanjutkan pelajaran ku dalam bidang perubatan... Syukur kepada Allah, memberi ku kesempatan untuk melanjutkan pelajaran ku disini dan telah menjadikan impian aku satu kenyataan.. hari ini, hari minggu dan kelas aku telah dibatalkan..jadi aku ambik keputusan untuk bersiar-siar di Sungai Thames.. aku pergi seorang diri ke sana dan ingin melepaskan stress dalam fikiran aku...sangat seronok berada di sini kerana kita boleh melihat suasana petang kota london.. tiba-tiba kenangan lama menerjah ke dalam fikiranku..aku merindui rakan-rakan lamaku di sekolah menengah dahulu...haha.. kenangan yang tak dapat dilupakan... aku sangat merindui mereka, hazirah,aida,ajlaa dan ramai lagi.. hazirah ialah kawan yang paling rapat dengan aku.. kemana-mana sahaja dia ada bersama..selepas kami menerima keputusan spm, kami sangat gembira sekali mendapat keputusan yang membanggakan... aku di london... hazirah di australia.. aida di new zealand...ajlaa pula di ireland...semua melanjutkan pelajaran di negara-negara yang hebat. wow gitu...hahaha...kadang-kadang aku berhubung dengan mereka sekali sekala.. kalau aku tidak sibuk dengan tugasan-tugasan aku... mereka juga tengah sibuk dengan tugasan masing-masing.. aku harap dapat berjumpa dengan mereka lagi... semasa fikiran ku memikirkan rakan-rakan, aku turut juga memikirkan seseorang yang sudah lama berada dalam hati aku...aku dah sukakan dia sejak aku 15 tahun sehinggalah sekarang... bagaimanalah keadaan dia sekarang? hati aku rindukan dia.. sedang asyik aku mengelamun, aku tidak sedar hari sudah senja.. aku segera pulang ke kolej...
keesokannya, setelah tamat kelas, aku pergi ke bandar untuk membeli buku... aku sampai di hadapan sebuah cafe, aku ternampak seorang lelaki keluar dari cafe itu..wajahnya seperti aku kenal...sepanjang jalan aku memikirkan wajah lelaki itu.. dimana aku pernah mengenalinya?? pada malam itu, baru aku ingat.... wajah itu..... lelaki itu ialah dia..lelaki yang aku suka sejak berumur 15 tahun lagi.. aku tidak dapat tidur kerana terlalu memikirkan lelaki itu.. hati aku rindukan dia.. Allah telah mendengar kata hati aku.. aku berharap dapat berjumpa dia lagi..
aku tidak sedar sejak bila mata aku sudah terlelap... dan aku bermimpi lelaki itu....
keesokkan paginya...."Ya Allah!!!!!!!! aku dah terlambat... ni semua pasal laki tu la.. aku sampai tak boleh tidur.. addoii...!!", marah aku sendirian... teman sebilik aku, budak engineering dah pandang semacam... "aphal dengan kau ni?", kata nina... "tak dak apa-apa la... aku dah lambat ni..aku pergi dulu.", kata aku.. nasib baik la roomate aku warganegara malaysia macam aku juga.. senang sikit nak berkomunikasi..aku bergegas ke kelas aku.. nasib la aku sampai tepat pada masanya.. selepas beberapa jam..prof memberikan tugasan yang banyak sekali.. nama pun perubatan.. selepas kelas, kawan aku, jennifer ada mengajak aku ke taman.. tapi aku menolak kerana ada hal..aku ingin singgah sebentar di sebuah cafe kegemaranku.. di situlah tempat aku meluangkan masa kalau tidak sibuk dengan assignment.. aku suka menikmati aroma kopi di cafe itu.. kadang-kadang mengingatkan aku pada kawan-kawan lama.. akhirnya aku sampai di cafe dan aku duduk di tempat biasaku.. di tepi tingkap.. seperti biasa pelayan cafe yang ramah yang sentiasa memberikan senyumannya kepadaku menghidangkan pesanan yang sudah biasa ku pesan.. minuman mocha blended.. aku membuka netbook comel berwarna biru kepunyaanku..aku ingin memeriksa jika ada emel dari rakan-rakanku..seperti aku jangkakan,ada! emel dari ajlaa.. dia mengatakan dia sedang berada di perancis. bercuti di sana.. "bukan nak ajak aku sama..huh!", gumam aku sendirian.. dia juga menghantar gambar-gambar dia semasa di sana.. memang cantik menara eiffel di sana.. aku senyum sendirian.. ajlaa juga mengatakan dia ada berjumpa dengan seorang lelaki bernama auriez..dimana-mana saja pasti berjumpa lelaki ni.. aku berkata dalam hati, "jodoh kau agaknya..hehe."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan