"assignment,assignment,assignment", rengekku sendirian..tiba-tiba nina datang kepadaku sambil membawa secawan teh.." jadi doktor,tak boleh la merungut..sabar banyak-banyak",kata nina kepadaku... " ye la.. baik engineer,hehe." sengihku.. nina hanya mencebikkan bibir... aku menghirup teh yang dibancuh oleh nina sebentar tadi sambil mencatat dan menaip tugasan didalam komputer.. setelah dua jam berlalu, aku melihat jam ditangan, waktu baru menunjukkan pada pukul 9 malam.. aku berhenti seketika sambil meregangkan tubuh badanku..fikiranku tiba-tiba teringatkan perjumpaan aku bersama Qushairi di cafe pada petang tadi.. aku tersenyum sendirian.. nina yang melihat terus berkata,"teringat boyfriend le tu.. hahah". aku hanya menjegilkan mata dan kembali menyambung kerjaku.. aku terlalu khusyuk menyiapkan kerjaku sehingga tidak sedar nina sudah terbaring di katilnya.. aku pergi ke tingkap bilikku dan melihat suasana malam di universiti.. aku melihat langit dan aku teringatkan Qushairi... "apa la yang dia buat sekarang? rindunya aku kat dia..."kataku perlahan.. aku turut merindui hazirah,ajlaa dan keluargaku.. sudah lama aku tidak berhubung dengan mereka.. kali terakhir aku berjumpa keluarga dan rakan-rakan adalah pada hari raya aidilfitri yang lalu.. selepas itu, aku kembali ke meja kerjaku..tanpa aku sedar,aku tertidur di meja itu..
keesokkan paginya, aku bersiap ke kelas. aku berjalan bersama nina ke kuliah masing-masing.. aku yang tidak sempat bersarapan, pergi membeli sekeping roti keju di kedai roti berdekatan universitiku.. sebaik sampai di kelas, aku ke tempat dudukku yang bersebelahan seorang rakan dari scotland.. dia seorang yang baik dan namanya christine.. kadang-kadang aku belajar bersama dia di perpustakaan dan kami juga turut pergi ke cafe untuk meluangkan masa bersama.. kebanyakan masaku dihabiskan secara bersendirian.. aku lebih suka berseorangan kerana itu lebih menenangkan diriku.. pada hari ini, aku dan rakan-rakan sekuliah yang lain akan pergi ke bilik mayat.. perasaan yang akan menggerunkan tetapi aku suka.. kami melihat organ dalaman manusia secara dekat.. walaupun agak meloyakan tekak, tapi itulah manusia..
selepas kelas, aku pergi semula ke kedai roti pagi tadi untuk membeli sebuku roti dan beberapa keping sandwich.. "tak sangka roti kat kedai ni sedap.. awatlah aku baru nak singgah? adoi..",kataku didalam hati..semasa sibuk membeli dan memilih makanan, seseorang datang dari belakang dan mengejutkanku..
"Ya Allah !",latahku.. aku menoleh ke belakang dan aku melihat individu itu ialah Qushairi.. "ish,hairi ! terkejut la..",marahku.
"ala,janganlah marah.. melawak ja..",jawabnya.. aku hanya menjelingkan mata.." jeling-jeling..korek mata baru tau..",kata Qushairi kepadaku.. aku hanya menjelirkan lidah.. aku membayar semua roti yang aku beli dan aku melihat Qushairi juga sedang memilih roti yang diinginkannya.. "hairi selalu datang sini ke?",soalku.. "yup, roti kat sini sedap.. ni roti kesukaan hairi.. roti keju dengan hirisan daging.. yum,yum",jawab Qushairi.. aku melihat gelagatnya terus meletus ketawaku.. Qushairi tidak pernah berubah..masih sama seperti dulu.. seorang yang ceria dan comel..tergelakku di dalam hati.. selepas Qushairi membayar rotinya, kami berjalan keluar dan dia mengajakku duduk sebentar di meja sebuah cafe yang bersebelahan kedai roti tersebut.. aku menganggukkan kepala.. aku bersembang dengannya tentang kehidupan dia disini.. baginya, semua baik disini dan tiada masalah walaupun kadangkala dia merindui ibunya di Malaysia.. Qushairi yang aku kenali bukanlah seorang yang suka menceritakan masalahnya kepada orang lain.. dia lebih suka menyelesaikan msalah itu sendiri... aku mengelamun ketika mendengar dia bercerita.. dia sedar perkara itu dan memetik jarinya untuk menyedarkanku.. aku terkejut dan memandang kearah lain.. dia hanya tersenyum dan berkata," duk usya apa tu.. muka hairi ada duit ka?". aku hanya mendiamkan diri.. malu untuk bercakap..
hampir 30 minit disitu, kami ingin pulang ke universiti masing-masing.. "kita jumpa lagi nanti.. bye hairi",kataku.. dia menunjukkan isyarat 'okay' kepadaku...
:rasa rindu kat dia.. kalaulah cerpen rekaan ni jadi kenyataan.. aku dengan hazirah mmg hrap jd kenyataan... kalau satu hari nanti, dia dapat tau pasal cerpen ni, aku harap dia tak marah.. sebab ni hanya impian aku.. impian aku nak bersama dia.. tu ja.. episod 15 cerita hazirah.. so,visit her blog.. aku bg link dh kat episod 14..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan