Fruity Peach Heart ME AND MY LIFE: TAKDIR EP 12 (AIDA HUSNA)

Khamis, 18 Julai 2013

TAKDIR EP 12 (AIDA HUSNA)

Seperti yang aku katakan, pada malam itu, aku menelefon Qushairi... "hello? hairi.. kenapa call? sorry aida tak angkat sebab aida keluar siang tadi..jalan-jalan..",kataku kepada Qushairi... "oo..hmm..tak pa.. hairi saja call.. nak tau aida sihat ke dak...tak boleh ke?",tanya Qushairi kepadaku... aku tersenyum  dan berkata " oo..sapa kata tak boleh.. boleh la.. aida pun tanya ja.." kataku kepada dia.. selama beberapa minit kami berbual dan aku ada bertanyakan sama ada dia sudah mempunyai seseorang atau belum... dia berkata dia tidak mempunyai sesiapa lagi.. mendengarkan jawapannya seperti memberi peluang kepada aku tetapi hati aku masih berasa takut untuk meluahkan perasaan aku.. takut dia membohongiku seperti dulu.. dahulu dia memberikan harapan kepadaku sehingga sekarang aku masih berharap padanya.. hatiku terlalu inginkan dia.. inginkan dia menjadi milikku... Qushairi juga bertanyakan soalan yang sama kepadaku dan aku turut menjawab jawapan yang sama..aku tidak mempunyai sesiapa sehingga sekarang... aku seperti ingin mengatakan, aku hanya ada dia dalam hati aku.. lidahku seakan terkelu untuk mengeluarkannya.. 
sebelum mematikan telefon, dia menasihati diriku agar menjaga diri dengan baik dan jika terdapat masalah boleh berhubung dengannya.. aku berasa senang hati dan terasa diriku dihargai..
" aida rindu hairi..",kataku sekadar didalam hati...

aku berasa puas kerana dapat mendengar suaranya dan terus aku terlelap diatas katil sambil bermimpikan Qushairi... 

keesokkannya....
hari ini aku ada sesi pembentangan didalam kuliah..perbentangan tentang penghuraian simptom-simptom penyakit didalam badan.. aku harap aku dapat buat yang terbaik... aku melangkah masuk ke dalam dewan kuliah dengan yakin dan sikit berdebar-debar di dalam hati... 
bermula sesi pembentangan seorang demi seorang.. akhirnya,tiba giliran aku.. aku membentangkan hasil kerjaku.. aku menerangkan satu persatu tentang simptom-simptom penyakit didalam badan... sememangnya agak mendebarkan tetapi aku harus lakukan yang terbaik... selepas hampir setengah jam pembentangan ku,aku berjaya mengakhirinya dengan sempurna,.. lega aku rasakan di dalam hati.. "good aida.. you had searched so many info about these diseases...", kata pensyarahku... "thanks,prof.. ",ucapku... "you may sit down..",kata pensyarahku lagi.. aku pulang ke tempat dudukku... satu jam kemudian, barulah kelasku diakhiri... terasa penat sekali dan aku bercadang untuk pulang saja ke bilik...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan