Hari ini, hari minggu dan aku bercadang ingin ke restoran kegemaranku iaitu Nasreen Dar di Victoria Road..restoran itu menyediakan pelbagai makanan dari asia,Itali,Western dan pelbagai lagi.. aku turut membawa netbook kesayanganku bersama...aku masih lagi memikirkan diari kesayangan aku itu.. aku harap aku dapat berjumpa lelaki itu semula untuk meminta kembali diariku itu.."dah la macam-macam aku tulis dalam tu.. macam mana kalau dia buka? arr!! malu la aku..." kata aku dalam hati... aku membuka netbook ku dan ketika sedang asyik aku membelek skrin netbook ku tiba-tiba datang seorang lelaki meminta kebenaran untuk duduk bersama di meja aku..."can i seat here?" soal lelaki itu... aku hanya menanggukkan kepala tanpa memandang wajahnya sebab terlalu asyik dengan netbook ku...beberapa minit kemudian, aku terdengar dia mengomel tentang sesuatu seorang diri.." diari aida husna..maknanya perempuan aku terlanggar hari tu, aida la.." kata lelaki itu...aku terkejut kerana nama aku disebut.. aku mengangkat kepala aku untuk memandang wajah lelaki itu...aku terkejut dan lelaki itu juga terkejut... kami berpandangan sesama sendiri untuk beberapa saat.. "Qushairi!!", kata aku perlahan...aku tidak sangka akan berjumpa dia disini.. selepas beberapa saat aku tersedar dan aku nampak diariku ada ditangannya.. dada aku berdebar-debar... "dia dah buka ka diari aku tu?",kata aku dalam hati...hairi bertanyakan soalan kepada aku." aida buat apa kat sini?", soal hairi... aku menjawab, " aida belajar kat universiti dekat-dekat sini.. hairi pulak buat apa kat sini?", soal aku semula... "hairi sambung belajar kat sini.." kata Qushairi..aku tidak tahu apa yang hendak dikatakan... aku malu untuk meminta diari ku yang masih ditangannya...ketika itu, dia seperti dapat membaca fikiranku..dia segera memulangkan diari ku dan wajah aku mula merona kemerahan... aku takut dia sudah membaca diari kepunyaan aku itu... hati aku berdebar-debar melihat wajahnya... aku tertanya-tanya, bagaimana aku boleh berjumpa dengannya sejauh ini tapi aku bersyukur Allah mempertemukan kami semula..selepas itu, aku meminta kebenaran untuk beredar.. Qushairi berkata kepada diriku," boleh hairi nak jumpa aida lagi?". aku memberikan senyuman dan berkata " boleh..".
pertemuan pagi tadi, menyebabkan fikiran aku selalu memikirkan dia...aku tersenyum seorang diri..aku membuat keputusan untuk membuka facebook untuk seketika.. sudah lama aku tidak membuka facebook..ketika aku itu, aku ternampak satu mesej di facebook ku dan mesej itu dihantar oleh..... Qushairi... aku seronok bukan kepalang.. aku membuka mesej itu dan mesej itu berbunyi " aida, hairi nak minta nombor telefon aida.". aku terus membalas mesej itu dengan mengatakan nombor telefon aku tetap sama seperti dulu..selepas beberapa minit, telefon bimbit aku tiba-tiba berdering dan panggilan itu datang dari aida 'izzatee.. dia bertanya khabar aku dan kami berbual panjang tentang pengajian masing-masing... aida memberitahu dia agak tertekan di new zealand kerana terlalu banyak kerja yang perlu dibuat.. aku hanya ketawa dan menyuruh dia bersabar dengan dugaan sebagai seorang mahasiswi... aku juga memberitahu, aku disini turut tertekan dengan pelbagai tugasan, perbentangan dan pratikal perubatan... selepas beberapa minit berbual, kami berhenti bercakap di telefon... ajlaa sekarang sibuk dengan assignment dia yang tergendala kerana pergi ke perancis tempoh hari..apabila memikirkan itu, aku ketawa terbahak-bahak..
bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan