Sudah hampir dua bulan lebih aku berada di bumi Malaysia.. cuti 3 bulan yang diberikan juga hampir berakhir..aku akan kembali ke London semula.. aku mengambil keputusan untuk pulang ke London pada hujung minggu ini... aku berada di ruang tamu bersama adikku menonton televisyen... tiba-tiba aku terdengar telefon bimbitku berdering di meja ruang tamu kedua... aku berlari ke ruang tamu dan aku melihat nama Qushairi terpapar di skrin telefon..aku tersenyum dan menjawab panggilan itu.. "hello?" jawabku... "hello... aida buat pa??" soal Qushairi kepada aku... "tak buat apa-apa pun..tengok tv ja.. kenapa hairi?? " tanyaku... "saja kol... nak tanya aida balik London bila??",soal hairi semula.. aku menjawab aku akan pulang pada hujung minggu ini... aku bertanyakan kepada dia,bilakah dia akan pulang ke London dan dia menjawab dia akan pulang ke London pada hari esok... aku agak kecewa mendengar dia akan pulang begitu cepat tetapi aku berasa lega kerana aku terfikir aku mungkin boleh berjumpa dia lagi di london nanti... sebelum memutuskan talian, dia berkata kepada aku," jumpa kat sana nanti,aida.. ". hati aku tertanya-tanya," betulka dia nak jumpa aku? dia mesti dah ada suka seseorang kan? sapa la aku ni.."..aku hanya menjawab okay dan terus memutuskan talian...apabila memikirkan dia bersama orang lain, hati aku berasa sakit dan perit sangat tetapi aku sedar...aku tidak hak untuk menghalang dia bersama dengan sesiapa pun.. aku berasa sedih dan terus menuju ke bilik...adik aku menyapa, " woi kak.. cerita hang tak habis lagi ni..". aku hanya menjawab, " tak pa lah.. hang tengok la..aku dah takdak mood..". aku seperti ingin menangis.. "aku takut dia dengan perempuan lain." kataku dalam hati.. aku hanya mengeluh kecil...
hujung minggu..
"selamat tinggal,mak,ayah... cek balik dulu..",kataku kepada kedua-dua ibu bapaku... aku bersalam dengan ibu bapaku..berat hatiku untuk meninggalkan mereka sekali lagi....aku berpesan kepada adikku, " woi..jaga mak ngan ayah... hang tolong la sikit mak ngan ayah tu... SPM buat elok-elok.. study... hang jangan duk main-main naa.. nanti dapat keputusan,aku tau dapat teruk,siap hang ngan aku..."ucapku panjang lebar... adikku pada tahun ini akan menduduki peperiksaan SPM..aku berdoa agar adik aku akan mendapat keputusan yang cemerlang... aku menuju ke pintu berlepas...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan