Aku sampai di Kota London akhirnya.. aku pulang ke kediaman universitiku... nina masih belum pulang lagi.. aku berehat sebentar diatas katil.. fikiranku ligat memikirkan seseorang... "awak kat mana?", kataku sendirian..hati aku sememangnya amat merindui dia.. dari dulu hingga sekarang, hati aku hanya ada dia tiada lelaki lain selain dia.. tiada lelaki lain yang dapat memenuhi ruang hati aku sekarang ini...dia yang dapat buat aku gembira dan dia juga yang dapat buat aku sedih...tetapi aku tiada hak atas dia.. "hang tak boleh paksa dia,aida.. dia bukan milik hang.. biarlah Allah yang tentukan.. hang berserah saja la..",pujukku didalam hati.. aku terus terlelap dan aku bermimpi.....
beberapa jam kemudian....
"ha? kat mana aku?",kata aku sendirian... baru aku tersedar aku berada didalam bilik...aku masih belum membersihkan diri lagi.. aku menuju ke bilik mandi dan menunaikan ibadat solat... sebelum aku menyiapkan kerja aku,timbul keinginan dihati aku untuk membuka laman sosial 'facebook' untuk sementara... aku melihat terdapat beberapa pesanan ditinggalkan... aku membuka satu persatu.. pesanan tersebut datang daripada ajlaa,aida,hazirah dan mata aku tertancap pada satu pesanan ini yang datang dari..... Qushairi.... dia bertanyakan sama ada aku sudah tiba di London atau belum... aku terus membalas mesej tersebut dan timbul perasaan rindu dalam hati aku... aku sentiasa mendoakan dia dimana saja dia berada..semoga Allah melindungi dirinya.. selepas itu, aku terus pergi menyiapkan kerja yang masih tertangguh.. berjam-jam aku terpaksa mengadap buku perubatan yang bertimbun-timbun.. mengkaji organ dalaman manusia,sistem tubuh badan manusia, sungguh memeningkan kepala.. tapi itulah manusia... ciptaan Allah... aku yang bercita-cita ingin menjadi pakar jantung,perlu terus maju ke hadapan...tiba-tiba mataku terasa berat dan aku keluar sebentar untuk bersiar-siar.. melihat suasana diluar kampus, amat menenangkan fikiran.. timbul pula perasaan rindu kepada rakan-rakanku... sambutan raya baru-baru ini, amat menyeronokkan... bergelak ketawa bersama rakan-rakan lama, menghilangkan tekanan dalam hati aku... "aku rindu ajlaa,aku rindu hazirah,aku rindu aida!!!", tiba-tiba aku menjerit... air mata aku gugur dan cepat-cepat aku kesat... aku pulang ke bilik dan mendapati tiga panggilan yang tidak dijawab.. "adoi... time aku ada dalam bilik,tak dak orang nak call.. bila aku keluar, time tu jugak la nak ada panggilan..",ngomel aku sendirian... tiga panggilan itu datang daripada Qushairi... "baru saja aku rindu kat hang tadi,hairi oii..",kataku dalam hati... separuh hati aku gembira apabila mendapati panggilan itu datang daripada dia, tetapi separuh lagi aku berasa sedih.. sedih memikirkan jika dia bukan ditakdirkan untuk aku... aku bercadang untuk menelefon dia pada malam ini...."maaf ya hairi.. malam ni aida call..",kataku sambil termenung melihat namanya di skrin telefon...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan