"dah la aku call tak angkat. nak ajak webcam rindu. lelaki tuh? takda apa yang menarik pun. nanti aku update blog pasal dia ok? aku nak kena mandi ni. nak balik ireland dah. byee sayang. esok aku webcam kau ok? assalammualaikum.", kata ajlaa dengan panjang lebar... "aku tak sempat nak cakap apa-apa dia dah tutup?", kata aku dalam hati..selepas berborak dengan ajlaa, aku menelefon ibuku pula. mesti dia risaukan aku..usai berborak panjang bersama ibuku, aku menelefon hazirah pula.. lama tidak mendengar suara dia.. hazirah juga mengambil jurusan perubatan sama seperti aku dan ajlaa.. kecuali aida.. aida lebih berminat dalam jurusan kejuruteraan kimia.. dalam tidar sedar, jam sudah menunjukkan pukul 4 petang...aku pergi menunaikan solat asar terlebih dahulu..selesai solat asar, aku terdengar pintu bilikku dikuak.. "itu pasti nina." kata aku... seperti aku jangkakan.. aku menegur nina, "lambat kau balik?", soal aku... nina menjawab, " aku ada discussion dengan group tadi."..."ooo...patut la.."balas aku ringkas.. selepas itu, masing-masing melakukan hal sendiri..aku menyambung tugasan aku yang tergendala sebentar tadi dan nina pula menyiapkan perbentangan untuk esok..
dua jam berlalu, aku masih bersengkang mata menyiapkan assignment ni..tiba-tiba telefon aku berbunyi menandakan ada satu pesanan baru.. pesanan itu daripada ajlaa.. dia memberitahu dia akan menaiki pesawat untuk pulang ke ireland sekarang... aku membalas pesanan ajlaa dengan mengatakan, "semoga selamat sampai di sana nanti."..aku meletakkan telefon bimbitku diatas meja dan aku menyambung kerja ku semula.. assignment aku siap pada pukul 1 pagi..letihnya bukan kepalang.. selesai menyimpan barang-barang, aku rebahkan diriku diatas katil...tiba-tiba wajah Qushairi menerjah ke dalam fikiranku.. dia masih didalam hatiku dan aku masih lagi menyayangi dia.. "dimana awak,hairi?", kata ku perlahan dan aku menutup mataku..
keesokkan paginya, selepas solat subuh, aku segera bersiap untuk ke kelas...nampaknya aku sampai awal ke kelas.. sebelum menunggu prof masuk..aku ingin mengeluarkan diari dalam beg aku.. aku mencari diari kepunyaanku di dalam beg, tapi tidak jumpa.. "mungkin dalam bilik,kut.. tapi aku tak bawa keluar pun semalam..", kata aku dalam hati.. selesai kelas, aku segera pulang ke bilik untuk mencari diariku.. tapi tetap tidak jumpa.. aku teringat kembali kejadian di cafe kelmarin.. aku terlanggar lelaki itu dan buku aku telah terjatuh.."pasti diari aku ada pada lelaki tu..", kata aku.. aku pun berputus asa mencari.. tiba-tiba telefon bimbitku berdering..nama ajlaa terpapar di skrin telefon bimbitku.. aku menjawab," hello ajlaa... kau dah sampai ke?". ajlaa menjawab " dah..sampai pagi tadi.. aku nak webcam dengan hang..". aku hanya membalas okay...aku membuka netbook ku dan terus berwebcam bersama ajlaa.. pelbagai cerita kami bualkan.. dia bercerita tentang perancis dan auriez.. aku lupa bercerita tentang kehidupan aku kat london ni dan Qushairi...ajlaa berkata kepada diriku, "kalau jodoh, In Shaa Allah tak kemana.. kau doalah banyak-banyak..". aku pun berkata, " baiklah.. kau pun doakan aku sama ye?". "yeee...aku doakan kau.", kata ajlaa.. "ajlaa, hazirah kirim salam.. aku telefon dia hari tu..." beritahu aku kepada ajlaa.. " ya ka? waalaikummussalam.. rindu gila aku kat dia.." jawab ajlaa..aku hanya ketawa kecil..
bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan