Fruity Peach Heart ME AND MY LIFE: TAKDIR EP 14 (AIDA HUSNA)

Rabu, 24 Julai 2013

TAKDIR EP 14 (AIDA HUSNA)

sebaik saja habis kelas,aku pergi ke taman berdekatan universitiku... aku pergi disitu untuk mengulangkaji tentang yang aku telah pelajari di kuliah tadi.. udara yang nyaman, menenangkan fikiranku untuk menelaah buku rujukan... aku pergi ke sebatang pokok yang rendang dan duduk dibawah pokok itu..aku membuka komputer riba kepunyaanku.. kemudian aku mengambil cermin mataku untuk memudahkan aku menyiapkan kerja... aku menaip maklumat-maklumat yang aku perlukan untuk kertas kerjaku... sejam berlalu, aku merehatkan mataku sebentar... aku menanggalkan cermin mataku dan melihat keadaan sekeliling.. mataku agak berpinar-pinar akibat terlalu lama memandang skrin komputer... aku mengelamun buat seketika.. tiba-tiba lagu kesukaanku dimainkan dan aku tersentak.. rupa-rupanya telefon aku berdering.. aku tersenyum sendirian.. nama Qushairi tertera di telefon bimbitku... aku menjawab.. "hello..aida,jom pergi cafe.. free tak? ",kata Qushairi mesra... "hello.. okay..aida free ni.. kita jumpa kat cafe biasa..", jawabku dan kami memutuskan talian... aku mengemas barang-barang dan menutup komputer ribaku... aku bangun dan berjalan menuju ke cafe.. 15 minit berjalan, akhirnya aku sampai dan aku masuk ke dalam.. aku mencari kelibat Qushairi didalam cafe itu.. aku terlihat seseorang sedang melambai tangan kearah aku..aku tersenyum dan menuju kearahnya.. "hai hairi.. lama ke tunggu?",soalku kepada dia.. "tak daklah.. hairi pun baru sampai ja..",jawabnya... aku memesan mocha blended seperti biasa.. "aida suka sungguh mocha ek?", kata hairi kepada aku.. aku tercengang dan "oh ! hehe... suka sangat.. sedap.. ",jawabku ringkas.. "hairi baru habis kelas jugak ka?," soalku... " yup.. baru habis.. sebab tu ajak aida keluar..", jawabnya... aku sebenarnya malu untuk memandang wajahnya.. semasa sekolah menengah dahulu, jika aku memandang wajahnya, tangan aku pasti menggeletar dan jantungku berdegup pantas.. kejadian itu berulang semula pada hari ini... aku sebenarnya suka melihat wajah dia.. aku berasa gembiran.. "hairi sihat?", soalku.. "hairi? hairi sihat je la.. takdak apa-apa pun.. aida pulak?",soal dia semula.. "aida pun sihat jugak.. aida syok sangat dapat jumpa hairi.. lama tak jumpa hairi..hehe", jawabku...hairi hanya ketawa dan kami berbual tentang pelbagai perkara tentang masa lalu hingga sekarang... rinduku terubat saat berbual dengan dia.. rinduku terubat saat mendengar suara dia.. rinduku terubat tika melihat wajahnya.. semuanya tentang dia... tiba-tiba aku tersenyum melihat wajahnya.. dia sedar perkara itu dan dia bertanyakan kepadaku," kenapa aida?",. aku tersedar dan wajahku mula kemerahan.. "takdak apa-apa la..", kataku membela diri.. "hairi tau la hairi ni hensem.. hehe..", kata dirinya.. aku yang mendengar terus ketawa... " perasan...",kataku pula... selepas itu, kami mengambil keputusan untuk beredar.. sebelum berpisah, dia mengatakan sesuatu kepadaku," aida balik elok-elok ye.. hati-hati tau..".
aku menganggukkan kepala dan aku berkata," hairi pun.. hairi pun balik elok-elok..jangan tergesa-gesa sangat..".
aku melambaikan tangan dan berjalan pulang.... 


: episod 6,8 dan 11 ialah cerita tentang kawan aku,hazirah... 3 episod tu dah diubah ke blog dia sendiri... 

hazirahaziq.blogspot.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan