Fruity Peach Heart ME AND MY LIFE: 2013

Rabu, 20 November 2013

ANDAI DIA BUKAN TAKDIRKU....

   ya Allah,
andai dia bukan yang tercipta untukku,
bukan yang ditakdirkan untukku,
bukan yang bakal membimbingku,
aku memohon kepadaMu,
jauhkanlah dia dari fikiranku,
jauhkanlah dia dari ingatanku,
buatkanlah aku lupa akan dia,
mudahkanlah aku untuk melupakan dia.

ya Allah, 
andai dia bukan jodohku,
aku memohon kuatkanlah hati hambaMu ini,
jadikanlah hambaMu ini reda atas ketentuanMu,
buangkanlah perasaan yang ada dalam hatiku ini,
janganlah biarkan aku terus berharap kepadanya lagi.

ya Allah,
aku tidak mahu perasaan ku ini menjadi satu yang sia-sia,
walaupun hatiku sakit memikirkan dia bersama wanita lain,
tapi aku yakin atas ketentuanMu,
buangkanlah dia dari hatiku,
buangkanlah dia dari fikiranku.

ya Allah,
jarakkanlah dia dari ku,
janganlah biarkan aku mengingatinya lagi..

sampai skang, aku tak boleh lupa dia lgi...hati aku masih ada perasaan kat dia lagi.. tapi aku macam rasa dia dah ada perasaan kat org lain la..hmm..sbb tu aku cuba nak undur diri..tp knpa rsa mcm aku sndr yang dekatkan diri aku dgn dia?? aku nak cuba undur diri...aku penat jugk mnahan perasaan dlm hati aku ni.. bnyk bnda aku nk ckp kat dia...tp mgkin xkn diluahkan sampai aku mati...rsa mcm dia bukan untuk aku...aku redha ja..ssah mmg ssah..aku berserah pda Allah ja.. z,dia xprnh tau apa yg hati aku rsa..bnda2 yg aku nk ckp pn, msti dia xmau dgr...hmm..
                           

Sabtu, 9 November 2013

HELLO !!! MR. ARROGANT EP 4

Aku pulang ke rumah terlebih dahulu sebelum Qalisha. Qalisha ada pembedahan yang perlu dijalankan. sebaik saja aku sampai ke rumah, aku merebahkan diri di atas sofa di ruang tamu rumah. Letih memikirkan pekerjaan yang dilakukan hari ini. akhirnya, tidak sampai beberapa saat, mataku terus tertutup rapat.

"Arghh !!!".. aku terjaga dari tidur. 'Ya Allah, apasal aku mimpi dia pulak ni.. takdak orang lain ka?".. aku bangun dan terus ke bilik air untuk menunaikan solat isyak. selesai solat isyak, aku terdengar bunyi pintu dibuka.. "sha balik dah kut..",kataku.. "Assalammualaikum !! nurin,aku balik dah ni..".. "hah !! like i say.. hehe..",senyumku.. "Waalaikummussalam.. lambatnya balik.." "biasalah.. macam la kau tak pernah..".. aku hanya tersenyum lebar..

paginya, aku dan Qalisha ke hospital seperti biasa.. sebaik saja sampai di hospital,kami berpisah.. aku ingin pergi ke wad pesakitku dan tiba-tiba sahaja aku terserempak dengan seseorang yang boleh mengundang panas baranku.. "ya Allah, mamat ni lagi.. menyampah ja tengok muka..".. aku berjalan sambil menundukkan kepala dan berharap dia tak mengenaliku.. "err.. doktor..".. "alamak, dia panggil aku pulak dah...terpaksalah..",kata hatiku.. "ye.." "kau !! aku nak mintak kau pergi tengok datuk aku kat wad".. "hoi.. tak boleh cakap elok-elok ka? sedap ja mulut..".. "nak cakap elok-elok ekk?? wahai cik doktor yang manis, tolong tengokkan datuk saya.. pleaseee ..".. nak tergelak aku tengok riak wajahnya itu.. aku hanya menjelir lidah dan terus berlalu pergi.. malas hendak melayan orang yang tiada otak ni.. "macam tu ja dia pergi?? kurang asam punya doktor.."..

tengah harinya, aku pergi berjumpa Qalisha dan aku ceritakan semua yang berlaku pagi tadi.. "aku rasa dia jodoh kau kut..hahah"..
"err... pleaseee... tolong la.. mintak simpang..tak mau aku bersuamikan laki sombong macam tu...".. "kau jaga-jaga nurin, orang kata, orang yang kita benci tu la akan jadi teman hidup kita..hahah"... aku hanya mencebik... 

"Rayyan, atuk nak kau kahwin dalam dua minggu ni.. kalau tidak, atuk serahkan harta kau kepada sepupu kau tu..".. "atuk !! mana boleh macam ni.. tak adil la..".." adil , tak adil, itu syaratnya.. baik kau kahwin cepat..".. rayyan terus keluar dari wad datuknya dan dia terserempak dengan seseorang.. timbul idea gila di fikirannya..
"woii !!".. aku berpaling dan terlihat mamat sombong poyo tu di hadapan wad datuknya.. "aphal pulak dia panggil aku ni..tak hormat pulak tu..",getus hatiku.. "apadia??".. "aku nak jumpa kau kejap.. ".. "aku busy..".. "petang??".. "hmm..tengok la..".. "okey... pukul 5 kat kafe bawah..".. dia terus hilang dari pandanganku.. "buat apa la dia nak jumpa aku..hmm.."..

di kafe..
aku masuk ke kafe dan terlihat seseorang melambaikan tangan kearahku.. aku pergi dengan muka yang selamba.. "hah!! aphal nak jumpa ni?".. "kalau ya pun, duduk la dulu..gelojoh..".. "kau yang nak jumpa, cepat la cakap..".. "okey-okey... macam ni..aku ada masalah dan aku nak mintak tolong daripada kau..".. mukaku menunjukkan reaksi yang agak terkejut dan seakan-akan tidak percaya dengan apa yang aku dengar.."woi ! jangan buat muka terkejut macam tu...".. aku cuba berlagak tenang.. "kau nak mintak tolong apa??".. "macam ni.. aku nak kau kahwin dengan aku..."..
aku hampir menjerit di kafe dan muka aku lebih terkejut dari biasa.. "apa kau merepek ni??".. "aku tak merepek la.. ni kenyataan.. aku nak kau kahwin dengan aku...".. "berikan sebab kenapa aku kena kahwin dengan kau??".. "aku sendiri pun tak tau apa yang fikirkan.. datuk aku nak aku kahwin dalam masa dua minggu ni.. kalau tidak, harta semuanya diserahkan kepada sepupu aku..".. aku hanya tergelak sinis.. "pasal harta, aku jadi mangsa? ewah-ewah...".. "tolong la aku..aku perlukan pertolongan kau..".. "kau tahu tak, perkahwinan bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat..senang ja kau paksa orang kahwin dengan kau..".. "ala...tolong la.. kau saja yang aku fikirkan sekarang ni.. jangan risau, aku takkan apa-apakan kau sepanjang kita dah berkahwin..aku akan tunaikan apa saja yang kau mintak..".. "aku bukan gila harta macam kau la..hmm..aku fikirkan dulu...nanti aku bagi jawapan...".. jelas terlihat reaksi gembira diwajah rayyan..."okey..good.. sekarang, give me your number..".. "ha?? nak number pulak..".. "kau ni, kalau tak terkejut, tak boleh ekk?? nak number ja pun.. bukan benda lain..cepat la..".. macam nak penampar ja mulut laki sombong ni.. aku pun memberikan nombor telefonku kepada Rayyan.. "okey..thanks.. i'll call you later.. see ya !!".. aku melihat wajahnya dan aku sedikit tergamam.. "manis jugak wajah dia bila senyum macam tu..",kata hatiku...
 

Khamis, 7 November 2013

MAKIN JAUH......

Assalammualaikum smuaaa..hehe.. rasa mcm malas ja nk update blog ni..fuhhh..tak tau la nk crite apa..hmm...aku...aku suka dia lg..huhuhu...hehe.. aku dah suka dia 1tahun 5 bulan.. semalam ada la mimpi dia.. mimpi dia ngn kawan2 dia.. hmm..ntah la..aku bangun, aku just ckp, "mimpi ja...".. dia ada kt kedah.. dia msti p jlan2 kn? haha..msti la..mcm nk kongkong dia ja..hahah..tp no way  laaa... mna boleh kongkong,igt dia abg kau ke, aida?? hahaha... skrg ni, aku ngn dia pn makin jauh dh... jd mcm dlu balik..jauh,jauh,jauh dan makin jauh... aku xboleh halang.. aku cuma brhrap dia dlm keadaan selamat.. dia cuti 3 minggu.. lama jugak.. have fun je la.. hehe.. lps ni, aku mgkin akn trbiasa dgn keadaan yg mcm ni.. keadaan yang dia makin jauh dari aku...lma2 okey la kn?? let him go,aida... dia bkn hak hang...
aku tgh cuba la ni... aku mmg xlyak arrr.. dia akn jmpa rmai lgi... aku?? baru nk msuk 17.. dia dh nk msuk 19.. aku masih student skolah... dia dh hbs zaman skolah dia... rmai lg pmpuan kt luar tu...yg lbih baik,pandai,cantik, mcm2 lg la.. aku skong je la dia.. skong dia dari jauh... doa untk dia dr jauh... lihat dia dari jauh.. senyum untk dia dari jauh... itu yang aku boleh bt untk dia.. aku xmau dia rsa xselesa dgn aku...haha.. biarkn dia bebas..

Jumaat, 25 Oktober 2013

AKU DAH DECIDE.....

ASSALAMMUALAIKUM.. ^^ lama tak update blog..busy sioott.. exam, majlis kat sekolah..aihh...banyak2... malam ni, free sat ja.. just want to release tension..arghh!!! psal entry kat atas tu.. sebenarnya 3 hri yg lps,aku trbca ssuatu dri dia.. bnda tu, mcm menunjukkan dia dah ada ssorg dlm hati dia.. aku tak boleh halang dan aku terima saja dgn redha... bkn aku yang tntukan smua ni.. Allah yang tentukan... pasti ada hikmah sebaliknya.. hmm..aku dah decide,aku akn lupakn dia.. kalau dia bukan takdir aku, aku hrap dpt lupakn dia and harap hati aku dah tak dak perasaan kat dia.. aku tak mau penantian yang sia-sia.. aku tahu, aku dah tak dak dalam hati dia. dia pun dah tak fikirkan aku pun... sapa la aku ni kan...hahaha.. aku pun kena cermin diri dulu la.. aku ni tak sesuai sioottt dengan dia... hahaha...tak pa la.. aku berharap,dia bahagia dengan pilihan hati dia.. semoga dia bahgia dan gmbira...aku teruskan je la dgn khidupan aku.. hati aku masih lg rsa sakit, sedih..tapi aku sabar ja.. ni mgkin takdir, yang dia bukan untuk aku... aku tak boleh halang.. lebih baik dia pilih yang boleh buat dia bahagia...okey... goodbye Z.. aida akan lupakan dan aida takkan ada muncul dlm khdupan Z lagi.. hope you will be happy... 

 

Isnin, 7 Oktober 2013

HAPPY !!!

Assalammualaikum and selamat sejahtera everyone??? hopefully everyone is in good condition...aku happy sangat sekarang ni... tapi sebenarnya takut nak happy..sebab...kalau kita nak happy, mesti perasaan kecewa,sedih, tu nak datang jugak pada masa yang sama.. arghh!!! tak suka perasaan yang macam tu.. blog kawan aku ada tulis macam tu jugak.. hazirahaziq.blogspot.com
aku happy sebab dah dua hari berturut-turut dia call aku.. sapa tak happy, orang yang kita suka, call kita...that was the best moment ever... heheh...seronok la cakap dengan dia.. dapat dengar suara dia.. bila cakap dengan dia, lupa masalah.. lepas cakap, rasa nak dengar lagi suara dia... suara dia buat aku tenang...hati aku sampai sekarang, cuma suka kat dia ja.... banyak kali dah aku cakap macam ni...hahaha.. Allah yang bagi perasaan ni, mungkin ada hikmah...aku akan tunggu...
tadi aku tertidur, dalam tidur aku tu, aku macam dapat rasa dia dalam tidur aku tu..rasa macam dekat dengan dia...aku bukan mimpi pasal dia..mimpi tentang benda lain..time aku tidur tu, aku macam rasa dia ada dekat...hahah.. *bunyi merepek sangat ke??? 
tapi ni serious talk laaaaaaaaaaa......banyak kali dah aku rasa macam ni.. kadang-kadang, *bukan kadang-kadang pun... selaluuuuuuuu, aku tengok gambar dia.. senyum sorang-sorang la aku bila tengok gambar dia..haha.. nampak comel...suka tengok.. hehehe... ^^ hahah... *gila ka apa?? hahah
nasib la dia tak tau blog aku ni...kalau dia baca, mau merah muka aku sebulan...malu sioootttt... harap dia tak jumpa laaaa...haha..kalau dia baca, entah-entah dia pun tak mau cakap dengan aku dah... hmm..tak mau la macam tu...nak cakap dengan dia lagi...
semalam cakap dengan dia, dia masih ingat lagi apa yang aku cakap kat dia 3 minggu lepas...wow!! happy tu happy la.. agaknya, hati dia sama macam aku dak??? harap-harap la...hehehehe...Aamiin.. Allah sajalah yang Maha Mengetahui...

 

Rabu, 2 Oktober 2013

EXAM NAK DEKAT DAH!!!!!!!!!

Assalammualaikum semua!!! ada orang ke kat blog ni?? hahaha... lamanya tak update blog..haha.. busy sikit..banyak kerja and works to done.. 22/10 ni final exam.. it is so scary bro... hahah.. preparations?? emm... not really enough la... tak pa,tak pa.. kita akan tingkatkan...yang tak puas hatinya, jadual exam tak strategik la...pakai letak ja subjek suka hati..hmm.. nak buat macam mana.. terima je la.. asalkan ambik exam.. after 2 months, 2014 will come to us.. aku akan masuk form 5.. hopefully tahun depan akan jadi lebih baik daripada tahun ni la.. Aamiin...sambil aku cerita pasal exam ni, aku selit la sikit pasal ermmm....my heart..hahaha... dah nak masuk 3 minggu aku tak cakap dengan dia..tak call dia.. rindu jugak kat dia.. sapa la yang tak rindu seseorang yang memang ada dalam hati kita.. kadang-kadang hati aku rindu gila kat dia.. tapi kadang-kadang tak sangat..rindu tetap rindu jugak.. tapi tak pa la.. rindu dari jauh... hahaha.. semoga dia sihat sejahtera dalam perlindungan Allah.. Aamiin...teringin jugak nak dengar suara dia..lama dah tak dengar suara dia.. hmm.. haha... bila aku dengar suara dia, rasa macam dia dekat ja..hahha..memang la dekat, dekat dengan telinga...hohoho...*gila ke apa aku ni..aishh..
tapi memang serius,,,, rasa macam dia dekat ja.. aku rasa selamat pun ada.. *alamak...mengarut dah aku ni... ala..biar la..huh!!!
macam mana agaknya dia sekarang ni?? Ya Allah, lindungilah dia.. dia di melaka..aku di kedah.. jauh,jauh,jauh.... hahah..


                    
 dia tak pernah hilang dari ingatan aku....


*galak sangat ke??? haha..ini fitrah...Allah yang bagi... 

Rabu, 18 September 2013

JODOH PASTI BERTEMU... :')

Assalammualaikum semua... lama tak update blog yee.. hehe.. busy sikit skang ni.. banyak kerja nak kena buat.. well...biaseee laa..nak masuk form 5 dah...hehehe.. lagi 3 bulan lebih macam tu...hopefully will get the best laaaa.... =D

pasal entry kat atas tu, JODOH PASTI BERTEMU, betul la kan?? kalau dah jodoh, Allah akan pertemukan la.. tajuk kat atas tu, aku ambik dari lagu Afgan.. best lagu tu.. cuba la dengar..hehe.. first time aku dengar dalam kereta...buka radio Hot fm.. keluar lagu ni.. memang lirik dia kena dengan aku la.. aku dengar lagu ni, terus fikiran aku terfikirkan dia.. teringat dia.. tapi apakan daya.. aku bukannya sapa-sapa dalam hidup dia... memang banyak lagi laki lain selain dia.. tapi hati aku tak pernah tertarik lansung...hati aku hanya bertindak balas pada dia ja.. acewahh...haha..macam eksperimen pulak.. bertindak balas.. tapi serious talk, memang hati aku cuma akan berdebar-debar dengan dia ja.. tak dak orang lain.. sampai sekarang, aku berharap kat dia lagi.. dah masuk 1 tahun 4 bulan... tak boleh lupa dia lagi.. tak pa la.. lama-lama In Shaa Allah, boleh la lupa.. kalau ada jodoh, bersatulah...

Isnin, 9 September 2013

HELLO ! MR ARROGANT EP 3

"sha,mai makan... aku masak ni...", kataku kepada Qalisha.. "kejap..",kata Qalisha... aku menghidangkan makanan-makanan diatas meja.. selepas itu, Qalisha datang ke dapur.. "kau buat pa lama sangat?",soalku.. "kemas depan tu sikit.. semak..",kata Qalisha.. aku makan bersama Qalisha. selesai makan, aku dan Qalisha solat maghrib secara berjemaah..malam itu, aku hanya menonton televisyen manakala Qalisha sibuk dengan komputer ribanya...aku yang berasa bosan,mengajak Qalisha keluar ke bandar.. "sha, jom keluar.. bosan siot...". "ha ye la.. jom.. kita ronda-ronda KL la..",cadang Qalisha.. aku menganggukkan kepala..  kami keluar dan bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur.. " jom pi KLCC kejap.. nak beli benda la..",ajakku.. Qalisha hanya menurut..  kami berdua sampai di KLCC dan aku pergi membeli barang yang diingini.. ketika aku ingin keluar, tiba-tiba saja aku terlanggar sekali lagi seorang lelaki.. "maaf,maaf.. saya tak se.....",belum sempatku menghabiskan kata-kata, mukaku terus menjadi merah.. "kau lagi ! kenapalah aku asyik jumpa kau ja.. takdak orang lain ka? ha ? ish..eiii !",marahku.. "woi.. senyaplah.. kau membebel apahal...bising la kau ni..",kata rayyan... "kau tu.. hari tu langgar, tak mintak maaf.. sekarang jumpa kau lagi.. sombong !",kataku marah... "diamlah minah.. kau tu yang buta.. bukan nak tengok orang dah.. mata letak lutut ka?"....
darahku lagi menyirap selepas bergaduh dengannya.. selepas itu, Rayyan terus pergi tanpa menghiraukanku.. "tak guna",kataku didalam hati.. 

di hospital....
aku pergi melihat keadaan Datuk Dahlan Darwisy di wad VIP, lelaki tua yang aku bedah kelmarin.. "datuk,macam mana datuk hari ni?",soalku.. "saya sihat saja doktor.. dah okey sikit..",jawabnya.."Alhamdulillah..bagus la kalau macam tu.. banyakkan berehat ye datuk.. saya keluar dulu.."



tok ! tok !,bunyi pintu diketuk.."masuk !" "atuk. atuk macam mana? dah sihat ke?" "aku macam ni la.. sihat la sikit dari sebelum ni..kamu dari mana ni Rayyan?" "saya dari office tadi.. datang singgah jenguk atuk kat hospital.." "hmm..ye la.."
"malasnya nak duk dengan atuk personal macam ni.. satgi mesti cakap pasal kahwin.. rimas aku.." bebel Rayyan dalam hati..
"Rayyan, atuk nak tanya ni.. bila kamu nak kahwin? nak tunggu atuk dah takde baru nak kahwin?",soal Datuk Dahlan.. "aku dah agak dah...aihh..",kata hati Rayyan.. "err atuk.. bukan macam tu la.. takde jodoh lagi.. nanti laa... dah-dah.. atuk rehat la.. Rayyan nak ke tandas kejap",kata Rayyan mencari alasan... "asal cakap pasal kahwin je, lari,lari.. huh !",kata Datuk Dahlan dengan nada yang agak tinggi..







(ni sambungan ep 2 hari tu.. dah lama xupdate.. heheh ^^)

Sabtu, 31 Ogos 2013

SEDIH,SEDIH...

Aihhh... hr khamis tu, mmg sedih sgt... aku call dia, dia macam cakap mau tak mau ja.. sedih sangat..aku rindu dia, tapi dia tak faham apa yang aku rasa... tak pa la.. aku tak kisah pun.. sekarang, aku tak mau rindu dia dah.. tak mau!!!!! aku tak mau ingat dia.. aku ngan dia bukan ada apa-apa pun.. buat apa nak ingat kat dia.. dia pun mesti tak ingat aku jugak... tak mau ingat!!! sedih,kecewa.. lepas call dia, aku terus menangis.. menangis jaaa...sebab sedih sangat.. kecewa dia buat macam tu.. kalau tak mau orang call, cakap je la.. bagitahu ja kata busy...aku boleh faham.. aku pun takkan kacau dia..kalau letih cakap, aku takkan call.. aku call,aku nak dengar suara dia.. aku rindu dia.. tapi dia macam endah tak endah ja.. aku sedih..hmm..

Jumaat, 23 Ogos 2013

JANGAN BERPUTUS ASA BERDOA... ^^

Assalammualaikum semuaaa!!!! sihat?? Alhamdulillah.. tak berapa sihat?? rehat,makan ubat..In Shaa Allah akan sembuh.. okey
today, i feel so happy..hehe..^^ you know what... he called me just now.. ya Allah.. only Allah knows how was my feeling that time.. kita jangan berputus asa berdoa kepada Allah.. Allah Maha Mendengar... luah saja padaNya.. lepas kita luahkan, kita akan rasa puas.. cuba kalau kita luah pada manusia.. orang yang mendengar masalah kita tu, anggap masalah kita satu perkara yang remeh.. so,dia akan bagi jawapan yang kita pun mesti tak berapa puas...atau mungkin tak setuju.. tu sebab dia tak rasa apa kita rasa, dia senang la cakap....cuba dia ditempat kita.. kan?? sebab tu kita kena luah pada Allah.. semua masalah kita tak kira kecik atau besar, semuanya penting bagi Allah.. Allah akan aturkan yang terbaik buat kita.. kita perlu terus istiqamah.. amal yang kita lakukan perlu dilakukan berterusan..jangan buat setengah-setengah..  i LOVE  Allah !!! i LOVE Muhammad SAW.. ^^ banyakkan beribadah dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW yeee... hehe..^^ tadi cakap dengan dia..seronok walaupun hanya 7 minit.. *tudiaa..sampai ingat bopa lama cakap..ahahah.. malam ni dia ada arabic night.. dia kata macam bercerita tentang Islam la.. macam tu la... aku sendiri tak pasti sangat.. hehe.. dia ada post gambar dia dalam wechat.. pakai jubah warna kelabu.. rasa seronok la tengok dia macam tu.. sedap mata memandang.. hehe.. harap dia lah bakal imam aku.. *gedik nooo....hahaha... hari tu aku ada post,yang aku tak berapa rindu dia kan?? lepas dia kol aku tadi, terusss aku rindu kat dia.. aku tak berapa rindu dia hari tu mungkin sebab aku lama tak cakap dengan dia kut.. sebab tu perasaan rindu tu terkubur...hahaha.. lepas cakap dengan dia, rindu tu bangun balik..hahaha... terus rindu nak dengar suara dia lagi.. aihh..tapi jaga-jaga.. jangan sampai jadi zina hati.. nauzubillah.. tak nak,tak nak.. kalau rindu, luah juga kepada yang memberi perasaan rindu tu.. Allah...In Shaa Allah, Allah akan sampaikan rindu kita tu kepada orang yang kita rindui... tapi kat sini nak cakap jugak la.. jangan lah terlalu rindu kepada manusia sangat.. rindu la kat Maha Pencipta juga... Allah pun rindukan kita sebenarnya... sama juga lah dengan Rasulullah.. Rasulullah sangatlah rinduuuuu akan umatnya... Subhanallah.. selawat kepada Rasulullah sikittttt....*jangan sikit..banyak-banyakkkkk...hahah... ^^ itu saja.. jumpa lagi nanti.. byeeeeeeeee....Assalammualaikum.. ******i

Khamis, 22 Ogos 2013

KAWAL PERASAAN...

Assalammualaikum semua !! haha.. okey.. esok cuti.. tapi kena pergi rumah hazirah untuk siapkan kerja kursus akaun pulak.. tak pa la.. hari ni penat juga.. dengan batuk,selsema.. adoi.. tajuk kat atas tu?? kawal perasaan... aku sekarang ni dah boleh kawal perasaan aku sendiri.. taklah terlalu teringatkan dia sangat.. aku masih rindukan dia lagi.. perasaan aku masih sama lagi.. tak berubah.. aku masih ada perasaan kat dia lagi.. tapi aku tau.. dia tak teringat kat aku pun.. hahaha.. aku cuba fokus pada study aku dulu.. aku baru 16 tahun.. tak patut fikir benda ni lagi.. tapi Allah dah berikan perasaan ni dalam hati aku.. pasti ada hikmahnya.. aku yakin.. sekarang, aku macam nak jauhkan diri aku dari dia. aku tau dia tak dak perasaan yang sama macam perasaan aku kat dia.. aku memang rindukan dia.. hanya Allah yang tahu macam mana perasaan aku.. lepas ni, dia akan masuk U, so, dia akan jauh lagi..bila dia masuk U, aku baru form 5.. SPM year.. sekarang ni, dia ada kat matrik.. tahun depan, habis matrik, pergi ke U pulak.. aku bahagia kalau dia gembira.. *ya ka happy?? hahah...aku tak boleh buat apa2.. hanya kepada Allah aku berserah.. Allah ja dapat bantu aku.. In Shaa Allah, kalau ada jodoh, Allah akan satukan.. aku tau aku tak layak untuk dia.. aku tak cantik, tak putih.. *comel ada...hahaha.. aku macam tak sesuai untuk dia,, bila aku fikir dia, aku selalu bayang dia lebih sesuai dengan wanita yang cantik.. aku ni apa la sangat.. haha.. dia anggap aku macam kawan ja.. tapi aku tak boleh anggap orang yang aku suka sebagai kawan. tak boleh.. hmm.. orang kata, budak sekolah lagi.. besa la tu.. baru nak besar.. cinta monyet lagi.. nanti berubah jugak.. aku tak tau nak cakap macam mana bila orang bagi pendapat macam tu.. mungkin ada betulnya jugak.. tapi aku sampai sekarang tak dapat buang perasaan aku lagi... 

kadang-kadang aku rasa macam aku dah tak suka dia.. tapi bila dapat panggilan,chat dari dia ka.. aku terus senyum sorang-sorang... aku happy sangat... aku tak kan rasa perasaan macam tu dengan orang lain.. dia ja dapat buat aku happy gila-gila..bila aku nak kol dia, hati aku mesti ketar punya.. dapat dengar suara dia, pun aku dah happy.. rindu nak dengar suara dia.. rindu sangat.. kalau aku rindu, aku tengok gambar dia, aku baca mesej dulu.. sekarang dah tak macam dulu.. dia busy sekarang.. aku faham.. tak pa la.. aku pun kena fokus untuk SPM aku tahun depan.. 

*jika jatuh cinta, jangan sampai terbawak-bawak hingga menjejaskan hal peribadi seperti pelajar sekolah janganlah sampai tak boleh fokus pelajaran.. pelajaran tu penting.. lepas tu, kalau jatuh cinta, serahkan kepada Allah.. jangan sampai terjadi zina hati.. 

* aku ingat lagi.. aku ada kol dia.. dia cakap, " belajar dulu..nanti dia(jodoh) akan datang dengan sendiri...".. :bagi perempuan..
lelaki kena cari.. In Shaa Allah, kalau ada jodoh tak kemana..

 

Sabtu, 17 Ogos 2013

RINDU?? ^^

Rindu?? sapa tak pernah rasa kan??? rindu satu perasaan yang kita rasa dalam hati kita apabila teringatkan seseorang yang kita sayang.. rindu boleh jadi satu perasaan yang indah kalau rindu kita dibalas.. rindu juga boleh jadi satu perasaan yang membebankan dan terseksa sebab kita terpaksa menanggung perasaan itu seorang diri.. tak dapat diluahkan kepada orang yang dirindui...mungkin dia sudah dimiliki,atau sudah tiada kena mengena dengan kita atau kita dan dia hanya kawan biasa...

sebenarnya rindu itu janganlah dibuang atau dipaksa hilang.. kalau tak kena gaya, mungkin kita juga yang berasa sakitnya.. jika rindu, boleh diluahkan kepada Allah didalam solat,berdoa kepadaNya.. 
okey.. aku ada baca satu blog ni..aku suka entri dia tentang perasaan Rindu ni...
RINDU ni dia... klik la...

dalam blog tu juga ada kisah tentang fatimah Az- Zahra dan saidina Ali Abu Bakar.. sweet sangat kisah dia.. hehe..kisah pendek tentang perasaan cinta Fatimah terhadap saidina Ali.. 

perasaan rindu ni tak bagus kalau diberitahu kepada orang lain.. kalau kita simpan perasaan rindu, diamkan diri saja sampai mati, kita boleh dapat pahala syahid.. sebab kita menahan hati kita, kita sabar dalam menghadapi rindu tu.. semua ni aku baca kat blog tu.. kalau nak faham lagi, lawatlah blog tu..

ni kisah Saidatina Fatimah Az-Zahra dan Saidina Ali:

 Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, Fatimah telah berterus terang dengan Saidina Ali akan sesuatu perkara, "Wahai Ali, sebelum aku menikahi engkau di Kota Mekah, ada seorang lelaki yang telah menjadi idola di hatiku. Aku sangat ingin kelak dia menjadi suamiku. Tapi semua itu aku simpan di dalam hatiku." kata Fatimah. "Kalau begitu, engkau menyesalkah mengahwini aku? Tanya Ali. "Tidak. Kerana pemuda itu adalah engkau." Jawab Fatimah

sweetkan?? hehe.. subhanallah.. perasaan cinta yang diluahkan hanya kepada Allah, akhirnya Allah permudahkan dan Allah satukan...Maha Suci Allah.. hebat!!!! harap macam ni juga..heheh.. Aamiin.. ^^ peace.. peace for Egypt...


 

Selasa, 6 Ogos 2013

HELLO ! MR ARROGANT.. EP 2

selesai mandi, aku pergi ke bilik Qalisha untuk melihat apa yang sedang dilakukannya.. aku melihat Qalisha sedang khusyuk membaca novel kegemarannya.. timbul idea jahat difikiranku.. "hehe...",ketawaku didalam hati.. aku berjalan perlahan-lahan kearah Qalisha.. dan...." pah !". "Astaghfirullahalazim",istighfar Qalisha.. "terkejut aku woi.. pernah makan kasut saiz lapan tak? nak rasa? aku boleh bagi free kat kau ni..",marah Qalisha.. aku tergelak," hahahaha... relax la my friend.. aku saja ja nak melawak..hehe..sorry,sorry.. tak buat lagi..",pujukku.. "kau buat apa datang bilik aku ni?",soal Qalisha.. "aku saja ja..boring ar..",jawabku.. "dah-dah.. pi masuk bilik kau.. aku busy ni..",kata Qalisha.. "ala.. nak kacau tak boleh.. busy apa,baca novel je pun",ejekku.. aku lihat Qalisha sudah menjegilkan matanya.. aku tidak mahu bergaduh,jadi aku keluar dari biliknya.. aku menuju ke bilikku dan terus tidur diatas katil.. disebabkan terlalu penat, aku terus tertidur dengan cepat...

paginya...
aku berangkat ke hospital lebih awal daripada Qalisha kerana aku mendapat panggilan kecemasan...aku bersiap sedia untuk menjalankan pembedahan... sebaik saja sampai, aku masuk ke dalam bilik pembedahan.. 

selepas 8 jam...
selesai juga pembedahan yang dilakukan..aku keluar dari bilik pembedahan dan melihat seorang lelaki datang dekat kepadaku... aku terkejut dan tiba-tiba darahku menyirap naik... " kau !",jeritku.. lelaki itu juga sedikit terkejut.. tanpa menghiraukanku, dia terus bertanya tentang datuknya.. "datuk aku macam mana?",soal dia.. aku seperti ingin menampar saja mukanya tapi aku tahankan saja.. "dah la tak mintak maaf, panggil pun aku ja..huh ! tak dak adab..",gumamku didalam hati... "cepatla.. datuk aku macam mana?",suara dia sedikit tinggi.. aku hanya bersabar.. " datuk encik,sekarang sudah stabil.. dia telah dipindahkan ke wad pesakit.. encik boleh melawat dia esok hari..",kataku... aku terus berlalu pergi.. benci melihat wajahnya yang sombong itu.. "muka ja hensem, tapi perangai? fail !",kataku sendirian... datuknya pesakit aku, pasti aku harus berjumpa dia setiap hari.. "sabar ja lah...",kataku memujuk hati..

selepas itu, aku pergi bertemu Qalisha untuk mengajaknya ke kafeteria.. "sha, jom..pi kafe..",ajakku.. "jom..",jawab Qalisha ringkas.. semasa dalam perjalanan ke kafe, aku sekali lagi bertemu lelaki sombong itu.. "sha, tu la laki sombong tu..menyampah..",kataku kepada Qalisha.. "eh ! we,kau tau tak tu sapa? tu rayyan rifqi.. CEO syarikat terkenal kat Malaysia ni.. selalu ja muka dalam paper..",jelas Qalisha.. "patutlah sombong..",sindirku.. "ish kau ni.. diam la. kalau dia dengar macam mana?",marah Qalisha.. aku mencebikkan bibir.. 

selesai makan,aku pergi ke wad pesakit yang baru aku bedah..aku perlu memeriksa keadaannya setiap waktu....

HELLO ! MR. ARROGANT... EP 1

"tidak ! jangan ganggu aku.. pergi, pergi,pergi !".  "Nurin, bangun.. we bangun la.. mengigau teruk la hang ni..",kata Qalisha sambil menggoncang tubuhku.. aku terjaga dan berasa sedikit pelik.. baru aku sedar, aku telah bermimpi... "dah..bangun,bangun.. pergi mandi.. kita kena pergi kerja ni..",bebel Qalisha lagi.. aku hanya menurut.. aku mencapai tuala dan terus menuju ke bilik mandi.. selepas itu,aku bersiap-siap ke tempat kerja.. aku dan Qalisha bekerja di tempat yang sama iaitu Hospital Besar Kuala Lumpur.. aku sebagai seorang doktor jantung dan Qalisha pula ialah doktor ortopedik... aku selalu ke tempat kerja bersama Qalisha.. kami berdua sering berkongsi kereta..itu lebih menjimatkan.. semasa didalam kereta, kami berbual sesuatu," we sha, aku balik lambat sikit hari ni..jadul aku pack la..",kataku.. "okey..aku pun kena balik lambat jugak..haha..ada apa-apa call aku nanti..",jawab Qalisha.. "okey sayang..",kataku sambil tersengih.. selepas beberapa minit perjalanan, kami akhirnya sampai di tempat kerja.. aku dan Qalisha berpisah dan pergi ke tempat masing-masing...

aku melihat jadualku,dan aku ada pembedahan pada pukul 10 pagi.. "aku kena buat persiapan ni..",kataku didalam hati.. sebelum itu, aku pergi ke kafeteria untuk menjamah sedikit makanan... perutku sudah berbunyi seperti gempa bumi.. aku memesan jus oren dan sedikit roti bakar.. pesananku siap dan aku ingin menjamahnya disatu sudut.. semasa aku sedang membawa makanan dan minuman,seorang lelaki telah melanggarku.. minumanku jatuh diatas bajuku.. aku sedikit terjerit.. lelaki itu hanya memandang dan berlalu pergi... "hoi ! tak reti mintak maaf ka?",jeritku... lelaki itu memandangku.. dia hanya tersenyum sinis.. "kurang asam punya jantan.. takdak adab lansung..eiii ! geramnya...",gumamku... aku pergi ke bilik air untuk membersihkan bajuku yang telah kotor.. mujur aku selalu membawa baju kurung lebih sebagai ganti.. aku menukar baju kurung yang baru di bilik persalinan... "laki tu, kalau aku jumpa lagi, memang aku punch muka dia cukup-cukup..",bebelku sendirian... aku melihat jam ditangan.. hampir pukul 9.30 pagi.. "arrr ! aku dah lambat.. aku ada operation pulak ni..",gelisahku.. aku bersiap secepat mungkin..

selepas pembedahan....
"Alhamdulillah.. berjaya juga operation tu..",ucapku.. selepas pembedahan, Qalisha datang berjumpa denganku.. "nurin,jom..pergi lunch.. aku belanja.. amacam?". "wah...rezeki datang bergolek..aku on jee.. jom",jawabku...
aku dan Qalisha pergi ke sebuah restoran di bandar.. aku menceritakan tentang kejadian di kafeteria pagi tadi.. Qalisha hanya ketawakan aku.. "hensem tak laki tu?",soal dia.. "ish kau ni... cari hensem ja... aihh..",marahku... "ala, biar la.. saya suka..hahah...",ketawa Qalisha.. aku turut ketawa... selepas makan, aku dan Qalisha pulang ke hospital..

pukul 10 malam....
" nurin,jom balik..aku dah penat ni..operation saja hari ni..",kata Qalisha kepadaku.. aku menganggukkan kepala.. aku dan Qalisha pulang ke rumah... sebaik saja sampai di rumah, aku terus naik ke bilik dan merebahkan diri.. aku tertidur selepas beberapa saat diatas katil.. baru sekejap aku tidur, Qalisha datang mengejutku.."woi.. pergi mandi la.. bau hospital kat kau ni.. pergi sembahyang.. ". aku menggeliat dan jalan terhuyung-hayang ke bilik air.. Qalisha yang melihat gelagatku,ketawa sambil menggelengkan kepala..
 

Isnin, 5 Ogos 2013

RAYA THIS YEAR!!!

Raya tahun ni?? hmm..In Shaa Allah akan okey..serahkan kepada Allah la.. tema aku tahun ni warna ungu dan biru.. mula2 memang aku decide warna biru la.. tapi i changed my mind.. i choose purple..hehehe..pakai warna ungu tahun ni.. puasa dah nak habis.. hmm.. tahu tak?? tak dak bulan selain bulan Ramadhan yang ada rahmat,pahala berlipat kali ganda macam Ramadhan.. susah tau nak dapat.. bulan Ramadhan kita senang nak beribadat sebab syaitan iblis semua dirantai.. tapi kalau ada manusia yang masih tak berubah tu, bukan sebab syaitan atau iblis.. itu sebab diri sendiri.. bila diri dah selalu buat macam tu, so, dia akan terus buat... contoh, kalau kita selalu tak sembahyang, sembahyang pun sat-sat ja...kita akan terbawak-bawak sampai bulan Ramadhan juga..walaupun syaitan tak dak, tapi perangai tu dah sebati dalam diri, susah jugak... so,kena ubah la.. tahun depan aku ambik SPM.. bulan Ramadhan tahun depan, aku last la berpuasa kat rumah.. sebab bila umur 18 nanti, dan pergi tempat lain..study tempat lain dah.. makin besar aku...hohohoho...hahah.. puasa kat tempat orang la.. haha.. aku cakap macam tu kat mak aku.. mak aku kata macam ni.." jangan lah cakap macam tu..aihh,..". aku tergelak..aku tau mak aku sedih... hehe.. tapi itulah kenyataan.. aku akan keluar jugak dari rumah ni nanti.. sekarang boleh la, aku nak patah balik.. nanti mana boleh dah.. nak patah balik pi mana?? tak dak tempat dah.. semua dah keluar sekolah.. so, tahan tak tahan, cuba bertahan jugak laaaaaa.... hahaha... okey..kearah mencapai CITA-CITA...yaaaaaaaa~!!!!!!!! hahah,,, tuntutlah ilmu kerana Allah... kalau kita belajar sebab nak dapat result cemerlang ja, kita memang akan dapat result yang kita nak.. tapi kita pasti akan rasa tak puas.. rasa macam ada yang kurang.. kalau kita belajar kerana Allah, kita akan dapat semuanya.. result cemerlang, pahala,keberkatan dari Allah..cita-cita pun mesti la dapat punyaaa... dapat grab gitu...hahaha... okey.. macam ustazah dah aku.. ala..apa salahnya kan??? haha.. okey..sampai sini saja.. dah pukul 3.21 pagi.. hari selasa 6/8/2013... tidur lewat sioott... bye2222.... peace ^^..(trademark)..

TAKDIR EP 22

Aku terpaku melihat wajah lelaki itu.. aku melihat wajah lelaki itu dan aku melihat Qushairi.. wajah lelaki itu mirip dengan Qushairi.. "hai aida.. saya Qayyum..Adam Qayyum..",kata lelaki itu.. aku masih terdiam..tidak tahu apa yang hendak dikatakan.. aku memandang nina dan Qushairi untuk meminta penjelasan.. Qushairi memandang Nina dan mereka berdua tersenyum.. "aida, ni Qayyum.. adik kembar Qushairi...",jelas nina kepadaku.. "ha? kembar? kenapa aida tak tahu hairi ada kembar?",soalku kepada Qushairi.. "laa..tak tahu ke? haha.. saja hairi tak bagitau.. hairi ingat tak penting.. haha",jawab Qushairi.. apabila aku memikirkan semula, ada logiknya juga.. nama penuh Qushairi ialah Adam Qushairi.. adiknya Adam Qayyum.. "gambar tu?",kataku perlahan.. nina terdengar, dan dia menjawab," tu gambar Qayyum la.. haha.. aku dah tau lama dah kau suka hairi ni.. hairi yang mintak aku rahsiakan.. aku selalu jumpa Qushairi dengan Qayyum ni... mula-mula memang terkejut jugak la rupanya kau ada kena mengena dengan hairi ni...",jelas nina panjang lebar.. " hairi tau nina ni roomate aida sebab adik hairi bagitau.. so, hairi jumpa la nina,nak tau pasal aida..",jelas Qushairi pula.. "tapi nina.. kau suka laki dalam gambar tu, maknanya Qayyum la? bukan hairi?",soalku sekali lagi.. "kau jeles ek? haha.. ye la.. Qayyum la.. Qayyum dengan aku banyak gaduh sikit.. macam-macam..haha.. kami dah nak kahwin la..",jawab nina.. selepas mendengar cerita nina, aku bertambah terkejut.. "kahwin? wow..".
"aku tahu la aida.. kau jadi macam ni, sebab hairi kan? aku boleh nampak, sebab lepas kau nampak gambar tu, kau berubah terus.. jarang cakap dengan aku.marah la tu..hahah",ejek nina.. aku mencebikkan bibir.. "hairi tak pergi mana la..",kata Qushairi sambil tersenyum.. pipiku kemerahan.. "sampai hati..tak cerita..",kataku sedikit merajuk.. "ala.. sorry la.. maaf ok?",pujuk nina sambil memelukku.. Qayyum sedang berdiri disebelah Qushairi..apabila aku melihat wajah mereka, sememangnya aku tidak dapat membezakan wajah mereka berdua.. "jeles sampai memudaratkan diri..aihh..apa ni..",sindir Qayyum.. aku hanya tergelak... "lepa dah nak kahwin,kita bila lagi?",sampuk Qushairi... aku membulatkan mata dan kami ketawa bersama-sama..

selepas dua minggu...
aku dan Qushairi semakin membaik... Qayyum dan Nina juga dah tak bergaduh lagi..semuanya makin sempurna.. syukur kepada Ilahi yang memberikan semuanya... aku duduk termenung teringatkan semua kenangan yang berlaku.. "aihh..teringat sapa tu? teringat kat hairi ke?",soal Qushairi.. "eh..hehe.. ye la tu.. memang teringat hairi pun..",sindirku...
"jom,pergi makan.. lapar ni..",ajak Qushairi.. aku menganggukkan kepala sambil tersenyum.. aku bahagia sekarang.. semuanyaku panjatkan kesyukuran kepada Allah.. aku berjalan bersama Qushairi ke restoran dan berharap selepas ini menjadi lebih baik pada masa akan datang...

:okey !!!!!!! dah siap cerpen ni..tak tau lah boleh panggil cerpen ke tidak... panjang siottt... hahah.. siap akhirnya.. itulah penamatnya.. idea aku...ahhaha..lawak2.. oke la kan?? hehe.. ini semua REKAAN okey... i repeat 'rekaan'.... that's all.. cerpen syok2 ja... aku masih lagi seorang pelajar.. remaja... hanya untuk berseronok..sebagai bahan bacaan komik la boleh kita katakan..kawan2 aku yang baca, semua suka..hahah.. ok la.. ada peminat...hahah..okey..banyak sungguh okey aku.. dah2.. sini saja.. byee.... In Shaa Allah bertemu di cerpen akan datang..peace ^^..

TAKDIR EP 21

Aku sampai dikamarku dan aku masih lagi bercakap di telefon bersama Qushairi.. hatiku ingin sekali menanyakan tentang nina kepada dia.. aku memberanikan diri untuk mengeluarkan pertanyaan itu.." hairi, aida nak tanya sesuatu..hairi ke..ke..kenal ni..nina?",soalku sedikit terketar-ketar.. "nina? tak pun..kenapa?",balas hairi.. aku berasa curiga.. " err.. takdak papa la..saja tanya..hehe..",jawabku.. "hmm..kalau macam tu, takpa la.. nanti hairi telefon lagi ekk..ok..assalammualaikum",kata hairi memutuskan talian.. "waalaikummussalam",jawabku ringkas.. aku masih lagi tertanya-tanya adakah betul dia tidak mengenali nina? adakah dia cuba mengelak? aku tidak pasti.. seharian aku memikirkannya sehingga aku tidak makan atau minum.. aku takut.. takut hairi akan pergi sekali lagi.. oleh sebab aku sudah menyiapkan kerjaku bersama jenny pada petang tadi, jadi aku sudah tidak kisah.. aku terlalu melayan setiap persoalan didalam fikiranku ini.. itulah perangaiku.. apabila aku memikirkan sesuatu hal, aku akn terus memikirkannya.. nina pulang pun, aku masih tidak sedar.. aku terlalu dibuai persoalan.. nina masih tidak tahu, aku belum lagi menjamah sedikit makanan mahupun minuman.. aku takut juga, penyakitku yang datang lama dahulu kembali semula.. nina selalu juga menasihatiku supaya mengikut jadual pemakanan yang betul tetapi kali ini aku seperti tidak kisah lagi.. aku terlalu memikirkan Qushairi.. 

malamnya....
semasa sedang tidur, perutku tiba-tiba berasa sakit.. rasanya seperti mencengkam perut.. aku mengerang kesakitan dan nina terjaga.. dia melihat keadaanku yang tidak tentu arah..dia mengesyaki sesuatu.. " kau makan dak hari ni?",kata nina.. aku tidak mengeluarkan sepatah kata pun tetapi hanya menggelengkan kepala.. "aduh.. ni mesti gastrik kau datang balik ni..",teka nina.. aku juga yakin dengan apa yang dikatakannya... "jom,jom.. aku bawa pergi hospital..",kata nina sekali lagi.. nina memapahku keluar dari bilik dan pergi ke kereta...nina memecut keretanya dan perjalanan ke hospital yang sepatutnya mengambil masa selama 30 minit, hanya mengambil 15 minit sahaja.. sebaik saja sampai di hospital, nina pergi meminta pertolongan untuk membantuku.. aku dimasukkan ke wad kecemasan... 

keesokkan paginya...
aku terjaga... aku melihat keadaan sekeliling dan mataku sedikit berpinar-pinar... "aku kat mana ni?",soalku.. nina berada disisiku.."syukurlah kau dah sedar.. kat hospital sekarang ni..kejap aku pergi panggil doktor.. hairi,kau jaga dia kejap..",jawab nina.. aku terkejut.. "hairi?",kataku hairan.. "ye.. kat sebelah ni.. ",suara seorang lelaki.. aku memalingkan mukaku kesebelah lagi dan ternyata memang benar.. itu Qushairi.. "macam mana hairi tau?",tanyaku ingin tahu.. Qushairi sedikit ketawa.. "nina yang bagitau..",jawab Qushairi.. aku berasa sedih.. mungkin nina masih ada dalam hati Qushairi.. "kenapa aida tak makan? kan dah susah sekarang?",bebel Qushairi.. aku berasa senang sedikit kerana dia masih mengambil berat tentangku tetapi aku masih lagi sedih.. "saja.. diet..",kataku ringkas.. selepas itu, nina datang bersama seorang doktor untuk memeriksa keadaanku.. "she's okay right now... but let her rest for a while..",kata doktor itu.. doktor itu berlalu pergi.. "tu la kau.. aku suruh jaga pemakanan kan..aihh",bebel nina pula.. aku hanya tersengih.. tiba-tiba seorang lelaki masuk...

TAKDIR EP 20

Sepanjang hari,aku asyik memikirkan tentang kejadian petang tadi.. aku tertanya-tanya, adakah mereka masih berhubungan? "aihh..",aku mengeluh sendirian.. aku melihat nina yang sedang lena tidur diatas katilnya...tidak sangka pula orang yang aku suka ada kaitan dengan rakanku sendiri.. "nasib badan la jawabnya...",kataku... aku dah penat memikirkan hal ini dan aku ambil keputusan untuk tidur saja.. "lupakan la aida oi.. hang pun bukan ada apa-apa pun..hmm..". aku menuju ke katilku...

paginya...
"aida..bangun.. bangun.. tak pergi kelas ka?",nina mengejutkanku pagi itu.. aku bangun dengan longlainya sambil menuju ke bilik mandi..aku bersiap-siap untuk ke kuliah.. sepanjang perjalanan ke kelas,aku masih lagi memikirkan hal yang sama.. aku mengetuk perlahan kepalaku.."aida..dah la tu.. ish..",kataku memujuk hati..
aku masuk ke dewan kuliah... 

selepas 3 jam...
"aida, let's go to the library.. i want to discuss more about our work...",kata jenny kepadaku.."oh ! sure..let's go..",kataku tanda setuju..aku bersama jenny ke perpustakaan untuk membincangkan tentang tugasan didalam kuliah sebentar tadi.. aku menjadi rakan kerja bersama jenny untuk tugasan ini.. akhirnya,kami sampai di perpustakaan...aku dan jenny mengambil tempat di satu sudut dan mula membincangkan kerja kami.. hampir 4 jam juga perbincangan kami dan kami berjaya juga menyiapkan tugasan ini.. "finally.. we had finished these works.. thanks jenny.. see you tomorrow.. i hope our works will get the best result..",kataku..
"haha.. me too.. it was good to be your partner..okay..see ya !",balas jenny... aku berjalan keluar dari perpustakaan dan berjalan pulang ke asrama.. telefonku berdering.. "hello?",aku menjawab...
"hello, ni hairi.. aida sihat?". aku sedikit terkejut.. "hello.. ooo hairi..aida sihat ja.. Alhamdulillah.. hairi macam mana?",soalku semula.."hairi ok ja.. aida study ok?",soal dia.. "aida macam biasa la.. macam-macam jenis kerja nak kena buat.. haha..". aku bercakap didalam telefon sambil berjalan ke asrama..

Ahad, 4 Ogos 2013

CERPEN TAKDIR HANYA REKAAN SEMATA-MATA

Cerpen yang aku buat dengan kawan2 tu, hanya rekaan semata-mata ye.. tak dak kena mengena dengan sesiapa pun.. imaginasi aku ja.. aku memang impikan nak study kat London..so, aku buat cerita pasal aku kat london... just 4 fun okay... blog ni tempat aku nak luah perasaan, aktiviti aku dan macam2 lagi la.. aku suka cerita kat blog ni.. aku harap sapa2 yang baca cerpen tu, tak terasa apa2 la.. serius memang tak dak kena mengena.. remaja macam aku.. well.. that's normal la.. hehe.. dah alang-alang aku tulis blog ni,nak cerita sikit la,apa yang aku dah buat sampai bulan Ogos ni.. okay.. aku baru lepas ujian bulanan 2.. Alhamdulillah.. aku boleh buat la.. harap dapat result yang gempak gitu...hahah.. aku kena usaha lagi untuk final exam punya.. final exam tu serius aku cakap, penting sangat.. macam SPM jugak la.. walaupun baru form 4, final tu la nak tunjuk kita dah bersedia atau belum untuk SPM and form 5.. arghh.. memikirkan benda tu pun, dah buat aku ketar dan kecut perut.. aku harap sangat SPM dapat 10A+..Aamiin.. lepas SPM, nak sambung study kat LONDON..arghh!!! my favourite country since 12 years old..cool!!  bye... =)

Sabtu, 3 Ogos 2013

TAKDIR EP 19

Selepas berjumpa hanis, aku menaiki kereta dan terus pulang ke asrama.. sepanjang di dalam kereta, aku tersenyum mengenangkan sahabatku itu... selepas beberapa minit, akhirnya aku sampai ke blok asrama.. aku meletak kereta berdekatan dengan blok asramaku.. aku mengambil barang-barang di tempat duduk belakang dan menaiki tangga ke bilik..bilikku terletak di tingkat pertama..aku mengetuk dan terus membuka pintu.. aku memberi salam tetapi tiada sesiapa yang jawab.. "nina mandi kut.",kataku perlahan.. aku melangkah tiga tapak,tiba-tiba kakiku terpijak sesuatu..rupa-rupanya aku terpijak sekeping gambar..aku mengambil gambar itu dan yang pastinya bukan gambar kepunyaaku.. dalam gambar itu, kelihatan seorang lelaki sedang berdiri..aku melihat gambar itu dengan lebih teliti dan aku terkejut kerana itu gambar Qushairi.. aku berasa hairan kerana aku tiada gambar dia yang seperti ini.. lama aku menatap gambar itu.. aku tidak perasan nina sudah keluar dari bilik mandi dan dia menegur," oi.. buat apa tu? apa hang pegang tu?",. nina datang dekat kepadaku dan melihat gambar yang aku pegang.. "eh,ni aku punya..",kata nina.. aku melihat wajah nina.."gambar hang ka? sapa laki dalam ni?" soalku... "err..boleh dikatakan dia la jawapan untuk soalan hang kat taman tadi..tapi dah lama dah tak jumpa dia..",jawab nina.. aku agak sedih mendengar jawapan kawanku itu... hati tertanya-tanya adakah mereka masih berhubung... "berhubung lagi ka?",tanyaku.. "hmm..dak dah...",jawab nina ringkas.."suka kat dia lagi ka?",tanyaku lagi.."entah la..tak tau nak jawab..tanya banyak nampak?". "ha? tak dak papa la..nah ! gambar hang..",kataku dan berlalu pergi meletakkan barang-barang...hatiku gelisah...

Rabu, 31 Julai 2013

TAKDIR EP 17

hari ini, aku tiada kelas dan begitu juga dengan nina.. kami ambil keputusan untuk pergi berjoging di taman... "woi nina, cepat la.. apa yang la.....",tidak sempat aku menghabiskan kata-kata aku terpaku melihat nina... "nina.. kau nak pergi joging ka, shopping?",tanyaku.. "ala...biar je la.. kut la duk joging tu jumpa jodoh..hahah",jawabnya.. aku hanya ketawa mendengar kata-katanya.. aku menaiki kereta nina ke taman... sebaik saja sampai disana, kami berdua turun dari kereta dan terus ke kawasan lapang untuk memanaskan badan... selepas 10 minit, aku dan nina memulakan aktiviti 'berjogging' di sekeliling taman itu... waktu pagi yang nyaman, menyegarkan tubuh badan..di taman itu juga terdapat sebuah tasik agak luas... aku mengajak nina ke tasik itu..kami berehat sebentar disitu... tiba-tiba aku menanyakan satu soalan kepada nina," kau tak dak sapa-sapa ka?". "ha? aku? entah..tak tau nak cakap macam mana...aku bagi jawapan ringkas,takdak la kut..". aku berasa pelik dengan jawapan nina.."kut? maksudnya macam ada ja pun..kau bohong aku ek?".
nina hanya diam.. aku seperti dapat merasakan nina pasti ada masalah.. "kalau ada masalah,boleh cerita kat aku.. aku no hal punya..". "nanti la aku cerita...",kata nina ringkas.. aku faham perangai nina yang tidak mahu menceritakan masalahnya dan lebih suka mendiamkan diri tetapi aku juga tidak mahu memaksa.. aku mengajak nina berjoging satu pusingan lagi..selepas satu pusingan, aku dan nina pulang ke kampus..

selepas membersihkan diri, aku ingin pergi membeli barang keperluan di pasaraya.. "nina, pinjam kereta jap.. nak pi pasaraya la..". "ambik la..kunci atas meja tu.",kata nina.. aku pergi mendapatkan kunci diatas meja dan keluar dari bilik.. perjalanan yang mengambil masa 20 minit, tiba-tiba menjadi 30 minit.. semuanya disebabkan kesesakan lalulintas di jalan utama tadi..akhirnya aku sampai di tempat yang ingin dituju..aku turun dari kereta dan mengunci pintu.. aku masuk ke dalam pasaraya dan terus mencari barang yang diinginkan...sedang sibuk memilih barang, tiba-tiba seorang wanita menyapaku.. "assalammualaikum, aida !". aku yang terkejut dan sedikit 'blur',menjawab salam sambil fikiranku ligat memikirkan siapakah gerangan wanita ini.. mataku membulat dan suaraku seperti ingin menjerit.." hanis !".aku sangat gembira dapat berjumpa kawan lamaku dari sekolah rendah dahulu.. sudah lama tidak berjumpa..
"we,buat apa sini?",soalku.."aku tinggal kat sini la..". aku terkejut mendengar jawapannya.. "hebat hang.. tinggal sini..",kataku..

"aku ikut keluarga aku ja..",jawab hanis.. selepas beberapa minit,hanis mengajakku pergi minum bersama.. aku menerima pelawaannya..kami berdua pergi ke sebuah kedai minuman berdekatan..."hang apa cerita sekarang?",tanyaku.."aku? aku macam ni la.. aku study biochem sekarang..hang pulak?",soal dia semula.." aku pun macam ni je la.. study medic.. Alhamdulillah la..". sedang kami asyik bersembang, aku dan hanis tidak sedar sudah 2 jam kami disitu.. aku pun sudah ingin bergerak pulang.."harap boleh jumpa lagi noo..seronok dapat jumpa hang",kataku... " In Shaa Allah..aku pun.. bye.". kami berpelukan sebelum berpisah... hati aku memang tersangat gembira kerana dapat bertemu lagi dengan rakan sejak sekolah rendah... sudah lama tidak berjumpa..kali terakhir aku berjumpa dia adalah pada hari terakhir persekolahan darjah enam..selepas itu, sudah tidak berjumpa lagi.. hari ini memang mengejutkan...

Sabtu, 27 Julai 2013

TAKDIR EP 16

"assignment,assignment,assignment", rengekku sendirian..tiba-tiba nina datang kepadaku sambil membawa secawan teh.." jadi doktor,tak boleh la merungut..sabar banyak-banyak",kata nina kepadaku... " ye la.. baik engineer,hehe." sengihku.. nina hanya mencebikkan bibir... aku menghirup teh yang dibancuh oleh nina sebentar tadi sambil mencatat dan menaip tugasan didalam komputer..  setelah dua jam berlalu, aku melihat jam ditangan, waktu baru menunjukkan pada pukul 9 malam.. aku berhenti seketika sambil meregangkan tubuh badanku..fikiranku tiba-tiba teringatkan perjumpaan aku bersama Qushairi di cafe pada petang tadi.. aku tersenyum sendirian.. nina yang melihat terus berkata,"teringat boyfriend le tu.. hahah". aku hanya menjegilkan mata dan kembali menyambung kerjaku.. aku terlalu khusyuk menyiapkan kerjaku sehingga tidak sedar nina sudah terbaring di katilnya.. aku pergi ke tingkap bilikku dan melihat suasana malam di universiti.. aku melihat langit dan aku teringatkan Qushairi... "apa la yang dia buat sekarang? rindunya aku kat dia..."kataku perlahan.. aku turut merindui hazirah,ajlaa dan keluargaku.. sudah lama aku tidak berhubung dengan mereka.. kali terakhir aku berjumpa keluarga dan rakan-rakan adalah pada hari raya aidilfitri yang lalu.. selepas itu, aku kembali ke meja kerjaku..tanpa aku sedar,aku tertidur di meja itu.. 

keesokkan paginya, aku bersiap ke kelas. aku berjalan bersama nina ke kuliah masing-masing.. aku yang tidak sempat bersarapan, pergi membeli sekeping roti keju di kedai roti berdekatan universitiku.. sebaik sampai di kelas, aku ke tempat dudukku yang bersebelahan seorang rakan dari scotland.. dia seorang yang baik dan namanya christine.. kadang-kadang aku belajar bersama dia di perpustakaan dan kami juga turut pergi ke cafe untuk meluangkan masa bersama.. kebanyakan masaku dihabiskan secara bersendirian.. aku lebih suka berseorangan kerana itu lebih menenangkan diriku.. pada hari ini, aku dan rakan-rakan sekuliah yang lain akan pergi ke bilik mayat.. perasaan yang akan menggerunkan tetapi aku suka.. kami melihat organ dalaman manusia secara dekat.. walaupun agak meloyakan tekak, tapi itulah manusia.. 
selepas kelas, aku pergi semula ke kedai roti pagi tadi untuk membeli sebuku roti dan beberapa keping sandwich.. "tak sangka roti kat kedai ni sedap.. awatlah aku baru nak singgah? adoi..",kataku didalam hati..semasa sibuk membeli dan memilih makanan, seseorang datang dari belakang dan mengejutkanku..
"Ya Allah !",latahku.. aku menoleh ke belakang dan aku melihat individu itu ialah Qushairi.. "ish,hairi ! terkejut la..",marahku.

"ala,janganlah marah.. melawak ja..",jawabnya.. aku hanya menjelingkan mata.." jeling-jeling..korek mata baru tau..",kata Qushairi kepadaku.. aku hanya menjelirkan lidah.. aku membayar semua roti yang aku beli dan aku melihat Qushairi juga sedang memilih roti yang diinginkannya.. "hairi selalu datang sini ke?",soalku.. "yup, roti kat sini sedap.. ni roti kesukaan hairi.. roti keju dengan hirisan daging.. yum,yum",jawab Qushairi.. aku melihat gelagatnya terus meletus ketawaku.. Qushairi tidak pernah berubah..masih sama seperti dulu.. seorang yang ceria dan comel..tergelakku di dalam hati.. selepas Qushairi membayar rotinya, kami berjalan keluar dan dia mengajakku duduk sebentar di meja sebuah cafe yang bersebelahan kedai roti tersebut.. aku menganggukkan kepala.. aku bersembang dengannya tentang kehidupan dia disini.. baginya, semua baik disini dan tiada masalah walaupun kadangkala dia merindui ibunya di Malaysia.. Qushairi yang aku kenali bukanlah seorang yang suka menceritakan masalahnya kepada orang lain.. dia lebih suka menyelesaikan msalah itu sendiri... aku mengelamun ketika mendengar dia bercerita.. dia sedar perkara itu dan memetik jarinya untuk menyedarkanku.. aku terkejut dan memandang kearah lain.. dia hanya tersenyum dan berkata," duk usya apa tu.. muka hairi ada duit ka?". aku hanya mendiamkan diri.. malu untuk bercakap.. 
hampir 30 minit disitu, kami ingin pulang ke universiti masing-masing.. "kita jumpa lagi nanti.. bye hairi",kataku.. dia menunjukkan isyarat 'okay' kepadaku...

:rasa rindu kat dia.. kalaulah cerpen rekaan ni jadi kenyataan.. aku dengan hazirah mmg hrap jd kenyataan... kalau satu hari nanti, dia dapat tau pasal cerpen ni, aku harap dia tak marah.. sebab ni hanya impian aku.. impian aku nak bersama dia.. tu ja.. episod 15 cerita hazirah.. so,visit her blog.. aku bg link dh kat episod 14..

Rabu, 24 Julai 2013

TAKDIR EP 14 (AIDA HUSNA)

sebaik saja habis kelas,aku pergi ke taman berdekatan universitiku... aku pergi disitu untuk mengulangkaji tentang yang aku telah pelajari di kuliah tadi.. udara yang nyaman, menenangkan fikiranku untuk menelaah buku rujukan... aku pergi ke sebatang pokok yang rendang dan duduk dibawah pokok itu..aku membuka komputer riba kepunyaanku.. kemudian aku mengambil cermin mataku untuk memudahkan aku menyiapkan kerja... aku menaip maklumat-maklumat yang aku perlukan untuk kertas kerjaku... sejam berlalu, aku merehatkan mataku sebentar... aku menanggalkan cermin mataku dan melihat keadaan sekeliling.. mataku agak berpinar-pinar akibat terlalu lama memandang skrin komputer... aku mengelamun buat seketika.. tiba-tiba lagu kesukaanku dimainkan dan aku tersentak.. rupa-rupanya telefon aku berdering.. aku tersenyum sendirian.. nama Qushairi tertera di telefon bimbitku... aku menjawab.. "hello..aida,jom pergi cafe.. free tak? ",kata Qushairi mesra... "hello.. okay..aida free ni.. kita jumpa kat cafe biasa..", jawabku dan kami memutuskan talian... aku mengemas barang-barang dan menutup komputer ribaku... aku bangun dan berjalan menuju ke cafe.. 15 minit berjalan, akhirnya aku sampai dan aku masuk ke dalam.. aku mencari kelibat Qushairi didalam cafe itu.. aku terlihat seseorang sedang melambai tangan kearah aku..aku tersenyum dan menuju kearahnya.. "hai hairi.. lama ke tunggu?",soalku kepada dia.. "tak daklah.. hairi pun baru sampai ja..",jawabnya... aku memesan mocha blended seperti biasa.. "aida suka sungguh mocha ek?", kata hairi kepada aku.. aku tercengang dan "oh ! hehe... suka sangat.. sedap.. ",jawabku ringkas.. "hairi baru habis kelas jugak ka?," soalku... " yup.. baru habis.. sebab tu ajak aida keluar..", jawabnya... aku sebenarnya malu untuk memandang wajahnya.. semasa sekolah menengah dahulu, jika aku memandang wajahnya, tangan aku pasti menggeletar dan jantungku berdegup pantas.. kejadian itu berulang semula pada hari ini... aku sebenarnya suka melihat wajah dia.. aku berasa gembiran.. "hairi sihat?", soalku.. "hairi? hairi sihat je la.. takdak apa-apa pun.. aida pulak?",soal dia semula.. "aida pun sihat jugak.. aida syok sangat dapat jumpa hairi.. lama tak jumpa hairi..hehe", jawabku...hairi hanya ketawa dan kami berbual tentang pelbagai perkara tentang masa lalu hingga sekarang... rinduku terubat saat berbual dengan dia.. rinduku terubat saat mendengar suara dia.. rinduku terubat tika melihat wajahnya.. semuanya tentang dia... tiba-tiba aku tersenyum melihat wajahnya.. dia sedar perkara itu dan dia bertanyakan kepadaku," kenapa aida?",. aku tersedar dan wajahku mula kemerahan.. "takdak apa-apa la..", kataku membela diri.. "hairi tau la hairi ni hensem.. hehe..", kata dirinya.. aku yang mendengar terus ketawa... " perasan...",kataku pula... selepas itu, kami mengambil keputusan untuk beredar.. sebelum berpisah, dia mengatakan sesuatu kepadaku," aida balik elok-elok ye.. hati-hati tau..".
aku menganggukkan kepala dan aku berkata," hairi pun.. hairi pun balik elok-elok..jangan tergesa-gesa sangat..".
aku melambaikan tangan dan berjalan pulang.... 


: episod 6,8 dan 11 ialah cerita tentang kawan aku,hazirah... 3 episod tu dah diubah ke blog dia sendiri... 

hazirahaziq.blogspot.com 

Ahad, 21 Julai 2013

TAKDIR EP 13 (AIDA HUSNA)

aku pulang ke bilik sambil berjalan kaki...aku turut menghirup udara segar sepanjang ke kediaman kolejku.. fikiran aku melayang terfikirkan Qushairi...aku terlalu rindukan dia... hati aku sakit..sakit terlalu rindukan dia... sedang asyik aku berjalan,aku tidak sedar aku sudah terlanggar seorang wanita.. "hey ! watch out... ",kata wanita itu.. aku yang terkejut berdiri kaku di hadapan wanita itu... selepas beberapa saat, aku meminta maaf kepada dia.. habis buku-buku aku berterabur diatas tanah...aku tunduk untuk mengutip buku-buku aku.. semasa sedang mengambil semula buku-buku aku, aku terpandang sekeping gambar terkeluar dari sebuah buku...aku mencapai gambar itu dan aku melihat itu ialah gambar Qushairi..aku mengambil gambar itu dari laman sosial 'facebook'nya.. aku melihat gambar itu buat seketika dan aku terduduk...aku memegang gambar itu erat dan aku rapatkan ke dada...aku memeluk gambar itu...aku menangis semasa memegang gambar itu.. aku meraung disitu... "aku rindukan dia !!!!!!! aku rindukan dia,ya Allah.... aku inginkan dia... aku terlalu rindukan dia, ya Allah.. aku tak berdaya... hati aku rindukan dia, ya Allah...". teresak-esak aku menangis disitu.. selepas beberapa minit, air mataku masih lagi menitis.. aku cuba menahannya tetapi tangisan itu tetap membasahi pipiku...akhirnya, aku tenang juga.. aku bangun dan berjalan pulang ke bilik.. tubuhku lemah mungkin kerana tenagaku dihabiskan semasa menangis tadi.. sampainya aku di pintu bilik,aku mengetuk dan membuka pintu.. nina masih belum pulang..aku berasa lega kerana jika dia melihat aku seperti ini,pasti banyak soalan yang akan diajukannya...aku meletakkan beg dan pergi ke bilik air.. aku mengambil wuduk dan menunaikan solat zuhur... aku meluahkan segalanya kepada Allah..aku meluahkan bertapa aku rindukan Qushairi.. selesai menunaikan solat, hati aku berasa sedikit tenteram... fikiranku masih lagi memikirkan dia.. 


: faktanya, aku memang rndukan dia.. rndu sgt2.. aku sakit.hati aku meraung rindukan dia.. aku nak dengar suara dia, nak dengar ketawa dia.. tapi...... aku inginkan dia... *******

Khamis, 18 Julai 2013

TAKDIR EP 12 (AIDA HUSNA)

Seperti yang aku katakan, pada malam itu, aku menelefon Qushairi... "hello? hairi.. kenapa call? sorry aida tak angkat sebab aida keluar siang tadi..jalan-jalan..",kataku kepada Qushairi... "oo..hmm..tak pa.. hairi saja call.. nak tau aida sihat ke dak...tak boleh ke?",tanya Qushairi kepadaku... aku tersenyum  dan berkata " oo..sapa kata tak boleh.. boleh la.. aida pun tanya ja.." kataku kepada dia.. selama beberapa minit kami berbual dan aku ada bertanyakan sama ada dia sudah mempunyai seseorang atau belum... dia berkata dia tidak mempunyai sesiapa lagi.. mendengarkan jawapannya seperti memberi peluang kepada aku tetapi hati aku masih berasa takut untuk meluahkan perasaan aku.. takut dia membohongiku seperti dulu.. dahulu dia memberikan harapan kepadaku sehingga sekarang aku masih berharap padanya.. hatiku terlalu inginkan dia.. inginkan dia menjadi milikku... Qushairi juga bertanyakan soalan yang sama kepadaku dan aku turut menjawab jawapan yang sama..aku tidak mempunyai sesiapa sehingga sekarang... aku seperti ingin mengatakan, aku hanya ada dia dalam hati aku.. lidahku seakan terkelu untuk mengeluarkannya.. 
sebelum mematikan telefon, dia menasihati diriku agar menjaga diri dengan baik dan jika terdapat masalah boleh berhubung dengannya.. aku berasa senang hati dan terasa diriku dihargai..
" aida rindu hairi..",kataku sekadar didalam hati...

aku berasa puas kerana dapat mendengar suaranya dan terus aku terlelap diatas katil sambil bermimpikan Qushairi... 

keesokkannya....
hari ini aku ada sesi pembentangan didalam kuliah..perbentangan tentang penghuraian simptom-simptom penyakit didalam badan.. aku harap aku dapat buat yang terbaik... aku melangkah masuk ke dalam dewan kuliah dengan yakin dan sikit berdebar-debar di dalam hati... 
bermula sesi pembentangan seorang demi seorang.. akhirnya,tiba giliran aku.. aku membentangkan hasil kerjaku.. aku menerangkan satu persatu tentang simptom-simptom penyakit didalam badan... sememangnya agak mendebarkan tetapi aku harus lakukan yang terbaik... selepas hampir setengah jam pembentangan ku,aku berjaya mengakhirinya dengan sempurna,.. lega aku rasakan di dalam hati.. "good aida.. you had searched so many info about these diseases...", kata pensyarahku... "thanks,prof.. ",ucapku... "you may sit down..",kata pensyarahku lagi.. aku pulang ke tempat dudukku... satu jam kemudian, barulah kelasku diakhiri... terasa penat sekali dan aku bercadang untuk pulang saja ke bilik...

Rabu, 17 Julai 2013

TAKDIR EP 10 (AIDA HUSNA)

Aku sampai di Kota London akhirnya.. aku pulang ke kediaman universitiku... nina masih belum pulang lagi.. aku berehat sebentar diatas katil.. fikiranku ligat memikirkan seseorang... "awak kat mana?", kataku sendirian..hati aku sememangnya amat merindui dia.. dari dulu hingga sekarang, hati aku hanya ada dia tiada lelaki lain selain dia.. tiada lelaki lain yang dapat memenuhi ruang hati aku sekarang ini...dia yang dapat buat aku gembira dan dia juga yang dapat buat aku sedih...tetapi aku tiada hak atas dia.. "hang tak boleh paksa dia,aida.. dia bukan milik hang.. biarlah Allah yang tentukan.. hang berserah saja la..",pujukku didalam hati.. aku terus terlelap dan aku bermimpi.....

beberapa jam kemudian....
"ha? kat mana aku?",kata aku sendirian... baru aku tersedar aku berada didalam bilik...aku masih belum membersihkan diri lagi.. aku menuju ke bilik mandi dan menunaikan ibadat solat... sebelum aku menyiapkan kerja aku,timbul keinginan dihati aku untuk membuka laman sosial 'facebook' untuk sementara... aku melihat terdapat beberapa pesanan ditinggalkan... aku membuka satu persatu.. pesanan tersebut datang daripada ajlaa,aida,hazirah dan mata aku tertancap pada satu pesanan ini yang datang dari..... Qushairi.... dia bertanyakan sama ada aku sudah tiba di London atau belum... aku terus membalas mesej tersebut dan timbul perasaan rindu dalam hati aku... aku sentiasa mendoakan dia dimana saja dia berada..semoga Allah melindungi dirinya.. selepas itu, aku terus pergi menyiapkan kerja yang masih tertangguh.. berjam-jam aku terpaksa mengadap buku perubatan yang bertimbun-timbun.. mengkaji organ dalaman manusia,sistem tubuh badan manusia, sungguh memeningkan kepala.. tapi itulah manusia... ciptaan Allah... aku yang bercita-cita ingin menjadi pakar jantung,perlu terus maju ke hadapan...tiba-tiba mataku terasa berat dan aku keluar sebentar untuk bersiar-siar.. melihat suasana diluar kampus, amat menenangkan fikiran.. timbul pula perasaan rindu kepada rakan-rakanku... sambutan raya baru-baru ini, amat menyeronokkan... bergelak ketawa bersama rakan-rakan lama, menghilangkan tekanan dalam hati aku... "aku rindu ajlaa,aku rindu hazirah,aku rindu aida!!!", tiba-tiba aku menjerit... air mata aku gugur dan cepat-cepat aku kesat... aku pulang ke bilik dan mendapati tiga panggilan yang tidak dijawab.. "adoi... time aku ada dalam bilik,tak dak orang nak call.. bila aku keluar, time tu jugak la nak ada panggilan..",ngomel aku sendirian... tiga panggilan itu datang daripada Qushairi... "baru saja aku rindu kat hang tadi,hairi oii..",kataku dalam hati... separuh hati aku gembira apabila mendapati panggilan itu datang daripada dia, tetapi separuh lagi aku berasa sedih.. sedih memikirkan jika dia bukan ditakdirkan untuk aku... aku bercadang untuk menelefon dia pada malam ini...."maaf ya hairi.. malam ni aida call..",kataku sambil termenung melihat namanya di skrin telefon...

Isnin, 15 Julai 2013

TAKDIR EP 9 (AIDA HUSNA)

Sudah hampir dua bulan lebih aku berada di bumi Malaysia.. cuti 3 bulan yang diberikan juga hampir berakhir..aku akan kembali ke London semula.. aku mengambil keputusan untuk pulang ke London pada hujung minggu ini... aku berada di ruang tamu bersama adikku menonton televisyen... tiba-tiba aku terdengar telefon bimbitku berdering di meja ruang tamu kedua... aku berlari ke ruang tamu dan aku melihat nama Qushairi terpapar di skrin telefon..aku tersenyum dan menjawab panggilan itu.. "hello?" jawabku... "hello... aida buat pa??" soal Qushairi kepada aku... "tak buat apa-apa pun..tengok tv ja.. kenapa hairi?? " tanyaku... "saja kol... nak tanya aida balik London bila??",soal hairi semula.. aku menjawab aku akan pulang pada hujung minggu ini... aku bertanyakan kepada dia,bilakah dia akan pulang ke London dan dia menjawab dia akan pulang ke London pada hari esok... aku agak kecewa mendengar dia akan pulang begitu cepat tetapi aku berasa lega kerana aku terfikir aku mungkin boleh berjumpa dia lagi di london nanti... sebelum memutuskan talian, dia berkata kepada aku," jumpa kat sana nanti,aida.. ". hati aku tertanya-tanya," betulka dia nak jumpa aku? dia mesti dah ada suka seseorang kan? sapa la aku ni.."..aku hanya menjawab okay dan terus memutuskan talian...apabila memikirkan dia bersama orang lain, hati aku berasa sakit dan perit sangat tetapi aku sedar...aku tidak hak untuk menghalang dia bersama dengan sesiapa pun.. aku berasa sedih dan terus menuju ke bilik...adik aku menyapa, " woi kak.. cerita hang tak habis lagi ni..". aku hanya menjawab, " tak pa lah.. hang tengok la..aku dah takdak mood..". aku seperti ingin menangis.. "aku takut dia dengan perempuan lain." kataku dalam hati.. aku hanya mengeluh kecil...

hujung minggu..
"selamat tinggal,mak,ayah... cek balik dulu..",kataku kepada kedua-dua ibu bapaku... aku bersalam dengan ibu bapaku..berat hatiku untuk meninggalkan mereka sekali lagi....aku berpesan kepada adikku, " woi..jaga mak ngan ayah... hang tolong la sikit mak ngan ayah tu... SPM buat elok-elok.. study... hang jangan duk main-main naa.. nanti dapat keputusan,aku tau dapat teruk,siap hang ngan aku..."ucapku panjang lebar... adikku pada tahun ini akan menduduki peperiksaan SPM..aku berdoa agar adik aku akan mendapat keputusan yang cemerlang... aku menuju ke pintu berlepas...

Jumaat, 12 Julai 2013

TAKDIR EP 7 (AIDA HUSNA)

" aida !!!! jom pi cafe?", kata nina kepada diriku... aku terus bersetuju dan bersiap untuk keluar... kami berjalan keluar beriringan ke cafe... beberapa minit berjalan,akhirnya kami sampai ke tempat yang dituju... aku dan nina masuk ke dalam dan duduk di tempat biasa... aku seperti biasa, pelayan disitu sudah memahami pesanan yang aku selalu pesan iaitu mocha blended.. nina pula memesan cappuchino panas minuman kegemarannya..setelah pesanan sampai, kami berdua menghirup minuman masing-masing sambil bercerita hal sendiri...aku melemparkan pandanganku ke luar tingkap.. "musim bunga dah nak habis... musim panas pulak nak sampai..", kataku dalam hati... aku akan pulang ke Malaysia....aku akan menyambut bulan Ramadhan dan hari raya aidilfitri bersama keluargaku...ketika aku asyik mengelamun, Nina mengejutkanku dari lamunan..."hoi.. teringat pakwe ke?? ", kata nina... aku tersentak.. "ish hang ni..terkejut aku.. tak dak lah.. teringat keluarga ja..", kataku kepada nina... " relax la... minggu depan kita nak balik dah.." kata nina menenangkan aku... " hmm.." jawabku ringkas.. tiba-tiba nina menanyakan soalan yang mengejutkan diriku... " kau takdak boyfriend ke??" soal nina.. aku yang sedang menghirup air,tersedak dengan tiba-tiba... " apa soalan hang ni... tak dak lah..", jawabku pula.. soalan nina mengingatkan aku pada Qushairi... sekali lagi aku mengelamun dan tiba-tiba bibirku mengeluarkan perkataan " hairi"... nina yang terdengar terus menjerit... " hairi?? ". semua orang di dalam cafe itu memandang tepat pada kami... " hoi !! hang ni pelan la sikit suara tu...", kataku kepada nina... "diam..tak dak papa la..", sambungku semula..

musim panas tiba juga... aku bersiap untuk pulang ke Malaysia.. Nina akan pulang lewat dari aku, jadi aku akan pulang ke Malaysia terlebih dahulu.. aku yang sememangnya bersemangat untuk pulang ke tanah air, sudah menyiapkan semua beg sejak awal lagi.. pesawatku pada pukul 1 tengah hari.. aku masih ada banyak masa lagi, jadi aku bercadang untuk bersiar-siar di taman terlebih dahulu... aku membawa semua beg dan menuju ke taman... sebaik sampai di taman, aku pergi mendapatkan tempat di salah sebuah bangku di taman...aku melihat banyak orang bergembira bersama keluarga masing-masing.. aku tersenyum sendirian...
" hai aida...", suara seorang lelaki datang menyapa...aku terkejut dan terus mengangkat kepala... "hairi !!", kataku yang masih dalam keadaan terkejut.. "hairi, buat apa kat sini?",soalku kepada dia... " hairi saja lalu kat sini..satgi nak pergi airport pulak..",jawab hairi... "ooo...aida pun.. pukul 11 satgi nak pergi airport... ",balasku... "kalau macam tu, kita pi sama-sama la.. ", pelawa Qushairi... aku hanya menganggukkan kepala tanda bersetuju... hati aku terasa amat gembira sekali...
selepas itu, aku dan Qushairi menaiki teksi ke lapangan terbang... dan tidak disangka-sangka aku akan menaiki pesawat yang sama dengannya...aku dan dia hanya ketawa... 

akhirnya, aku selamat sampai di Malaysia bersama-sama Qushairi... aku turun dari pesawat dan masuk ke dalam balai ketibaan..aku melihat keluargaku sedang menunggu kedatanganku.. aku dan Qushairi berpisah disitu..dia kearah keluarganya dan aku pergi kepada keluargaku.. aku dan Qushairi hanya melambaikan tangan antara satu sama lain... selepas itu, aku terus menuju kearah ibu dan memeluk ibuku erat... " adik, mana??",soalku kepada ibu.." adik kat rumah..dia tak mau ikut..",jawab ibuku... "kurang asam punya budak... bukan nak mai sambut aku..." gumamku dalam hati... aku,ibu dan ayah terus pulang ke rumah...selepas beberapa jam perjalanan pulang ke rumah, akhirnya aku sampai ke rumah kesayanganku... aku masuk ke dalam rumah dan pergi mendapatkan adikku...aku mengetuk kepalanya..."hang tak ikut noo.. toek punya budak..", kataku kepada adik... "ala... hang nak balik ja pun.. sebelum ni macam tu gak... tak pi sekali, apa salahnya..",jawab adikku... aku yang penat, malas nak melayan adik aku... aku masuk ke dalam bilik dan meletakkan barang-barangku... "arrghh!!! penatnya..."kataku sendirian....aku baring diatas katil dan terus terlelap...aku telah dikejutkan dengan bunyi deringan telefon bimbit... mataku yang samar-samar melihat skrin telefon dan mataku terus terbuntang luas ketika melihat nama Hairi tertera di skrin telefon...aku menjawab panggilan Qushairi... "hello??". "hello.. ni Hairi.. aida dah sampai rumah??",soal hairi kepada diriku... "dah.. lama dah sampai... hairi kat mana sekarang?", soalku semula.. "hairi tak sampai rumah lagi.. singgah satu tempat kejap...aida mesti penatkan? rehatlah dulu... nanti hairi telefon lagi.." kata hairi dengan panjang lebar... aku terus menjawab "okay.. hati-hati..".
aku mematikan telefon.. hati aku gembira sangat sehingga tidak jadi untuk menyambung tidurku... aku senyum sendirian dan ketawa sendirian... tiba-tiba adikku masuk ke dalam bilik.." hoi kak... hang pasepa.. gila dah? ",kata adikku... "hang toksah menyibuk la... ", balasku marah... 
sejak hari itu, aku dan Qushairi sering berbual di telefon.. seronoknya hanya Allah yang tahu... aku berharap Allah memakbulkan doaku... 

sudah sebulan aku berada di rumah...tidak lama lagi bulan Syaaban akan melabuhkan tirai dan bulan Ramadhan pula akan menjelma...bulan yang penuh rahmat.. semua pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup.. syaitan iblis dirantai selama sebulan untuk memberi peluang kepada semua hamba Allah beribadat kepadaNya...aku dan ahli keluargaku membuat persiapan untuk menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba... tidak sabar aku rasakan... 

bulan Ramadhan...
"adik !!! mai makan... hang dah la tak buat apa.. sedia meja pun dak... huh !!", jeritku dari dapur... "pulun..." jawab adikku ringkas... aku hanya menahan sabar dalam hati... kami sekeluarga berbuka puasa bersama-sama.. kenikmatan berbuka bersama keluarga sememangnya amat berharga... kadang-kadang aku juga berbuka bersama kawan-kawanku diluar.. kami berbuka bersama, keluar bersama... seronok sekali dapat berjumpa semua kawan-kawan lama aida,hazirah,ajlaa,ummi,athirah,athifah,azila... 
apabila berjumpa, kami bercerita pelbagai kenangan hingga tercetus gelak ketawa.. aku juga berbuka puasa bersama-sama Qushairi dan kawan-kawan yang lain juga ada bersama... berkumpul kembali setelah sekian lama berpisah...amat seronok sekali....


Khamis, 11 Julai 2013

TAKDIR EP 4 (AIDA HUSNA)

Hari ini, hari minggu dan aku bercadang ingin ke restoran kegemaranku iaitu Nasreen Dar di Victoria Road..restoran itu menyediakan pelbagai makanan dari asia,Itali,Western dan pelbagai lagi.. aku turut membawa netbook kesayanganku bersama...aku masih lagi memikirkan diari kesayangan aku itu.. aku harap aku dapat berjumpa lelaki itu semula untuk meminta kembali diariku itu.."dah la macam-macam aku tulis dalam tu.. macam mana kalau dia buka? arr!! malu la aku..." kata aku dalam hati... aku membuka netbook ku dan ketika sedang asyik aku membelek skrin netbook ku tiba-tiba datang seorang lelaki meminta kebenaran untuk duduk bersama di meja aku..."can i seat here?" soal lelaki itu... aku hanya menanggukkan kepala tanpa memandang wajahnya sebab terlalu asyik dengan netbook ku...beberapa minit kemudian, aku terdengar dia mengomel tentang sesuatu seorang diri.." diari aida husna..maknanya perempuan aku terlanggar hari tu, aida la.." kata lelaki itu...aku terkejut kerana nama aku disebut.. aku mengangkat kepala aku untuk memandang wajah lelaki itu...aku terkejut dan lelaki itu juga terkejut... kami berpandangan sesama sendiri untuk beberapa saat.. "Qushairi!!", kata aku perlahan...aku tidak sangka akan berjumpa dia disini.. selepas beberapa saat aku tersedar dan aku nampak diariku ada ditangannya.. dada aku berdebar-debar... "dia dah buka ka diari aku tu?",kata aku dalam hati...hairi bertanyakan soalan kepada aku." aida buat apa kat sini?", soal hairi... aku menjawab, " aida belajar kat universiti dekat-dekat sini.. hairi pulak buat apa kat sini?", soal aku semula... "hairi sambung belajar kat sini.." kata Qushairi..aku tidak tahu apa yang hendak dikatakan... aku malu untuk meminta diari ku yang masih ditangannya...ketika itu, dia seperti dapat membaca fikiranku..dia segera memulangkan diari ku dan wajah aku mula merona kemerahan... aku takut dia sudah membaca diari kepunyaan aku itu... hati aku berdebar-debar melihat wajahnya... aku tertanya-tanya, bagaimana aku boleh berjumpa dengannya sejauh ini tapi aku bersyukur Allah mempertemukan kami semula..selepas itu, aku meminta kebenaran untuk beredar.. Qushairi berkata kepada diriku," boleh hairi nak jumpa aida lagi?". aku memberikan senyuman dan berkata " boleh..". 

pertemuan pagi tadi, menyebabkan fikiran aku selalu memikirkan dia...aku tersenyum seorang diri..aku membuat keputusan untuk membuka facebook untuk seketika.. sudah lama aku tidak membuka facebook..ketika aku itu, aku ternampak satu mesej di facebook ku dan mesej itu dihantar oleh..... Qushairi... aku seronok bukan kepalang.. aku membuka mesej itu dan mesej itu berbunyi " aida, hairi nak minta nombor telefon aida.". aku terus membalas mesej itu dengan mengatakan nombor telefon aku tetap sama seperti dulu..selepas beberapa minit, telefon bimbit aku tiba-tiba berdering dan panggilan itu datang dari aida 'izzatee.. dia bertanya khabar aku dan kami berbual panjang tentang pengajian masing-masing... aida memberitahu dia agak tertekan di new zealand kerana terlalu banyak kerja yang perlu dibuat.. aku hanya ketawa dan menyuruh dia bersabar dengan dugaan sebagai seorang mahasiswi... aku juga memberitahu, aku disini turut tertekan dengan pelbagai tugasan, perbentangan dan pratikal perubatan... selepas beberapa minit berbual, kami berhenti bercakap di telefon... ajlaa sekarang sibuk dengan assignment dia yang tergendala kerana pergi ke perancis tempoh hari..apabila memikirkan itu, aku ketawa terbahak-bahak..

bersambung...

Rabu, 10 Julai 2013

TAKDIR EP 3 (AIDA HUSNA)

"dah la aku call tak angkat. nak ajak webcam rindu. lelaki tuh? takda apa yang menarik pun. nanti aku update blog pasal dia ok? aku nak kena mandi ni. nak balik ireland dah. byee sayang. esok aku webcam kau ok? assalammualaikum.", kata ajlaa dengan panjang lebar... "aku tak sempat nak cakap apa-apa dia dah tutup?", kata aku dalam hati..selepas berborak dengan ajlaa, aku menelefon ibuku pula. mesti dia risaukan aku..usai berborak panjang bersama ibuku, aku menelefon hazirah pula.. lama tidak mendengar suara dia.. hazirah juga mengambil jurusan perubatan sama seperti aku dan ajlaa.. kecuali aida.. aida lebih berminat dalam jurusan kejuruteraan kimia.. dalam tidar sedar, jam sudah menunjukkan pukul 4 petang...aku pergi menunaikan solat asar terlebih dahulu..selesai solat asar, aku terdengar pintu bilikku dikuak.. "itu pasti nina." kata aku... seperti aku jangkakan.. aku menegur nina, "lambat kau balik?", soal aku... nina menjawab, " aku ada discussion dengan group tadi."..."ooo...patut la.."balas aku ringkas.. selepas itu, masing-masing melakukan hal sendiri..aku menyambung tugasan aku yang tergendala sebentar tadi dan nina pula menyiapkan perbentangan untuk esok..
dua jam berlalu, aku masih bersengkang mata menyiapkan assignment ni..tiba-tiba telefon aku berbunyi menandakan ada satu pesanan baru.. pesanan itu daripada ajlaa.. dia memberitahu dia akan menaiki pesawat untuk pulang ke ireland sekarang... aku membalas pesanan ajlaa dengan mengatakan, "semoga selamat sampai di sana nanti."..aku meletakkan telefon bimbitku diatas meja dan aku menyambung kerja ku semula.. assignment aku siap pada pukul 1 pagi..letihnya bukan kepalang.. selesai menyimpan barang-barang, aku rebahkan diriku diatas katil...tiba-tiba wajah Qushairi menerjah ke dalam fikiranku.. dia masih didalam hatiku dan aku masih lagi menyayangi dia.. "dimana awak,hairi?", kata ku perlahan dan aku menutup mataku..

keesokkan paginya, selepas solat subuh, aku segera bersiap untuk ke kelas...nampaknya aku sampai awal ke kelas.. sebelum menunggu prof masuk..aku ingin mengeluarkan diari dalam beg aku.. aku mencari diari kepunyaanku di dalam beg, tapi tidak jumpa.. "mungkin dalam bilik,kut.. tapi aku tak bawa keluar pun semalam..", kata aku dalam hati.. selesai kelas, aku segera pulang ke bilik untuk mencari diariku.. tapi tetap tidak jumpa.. aku teringat kembali kejadian di cafe kelmarin.. aku terlanggar lelaki itu dan buku aku telah terjatuh.."pasti diari aku ada pada lelaki tu..", kata aku.. aku pun berputus asa mencari.. tiba-tiba telefon bimbitku berdering..nama ajlaa terpapar di skrin telefon bimbitku.. aku menjawab," hello ajlaa... kau dah sampai ke?". ajlaa menjawab " dah..sampai pagi tadi.. aku nak webcam dengan hang..". aku hanya membalas okay...aku membuka netbook ku dan terus berwebcam bersama ajlaa.. pelbagai cerita kami bualkan.. dia bercerita tentang perancis dan auriez.. aku lupa bercerita tentang kehidupan aku kat london ni dan Qushairi...ajlaa berkata kepada diriku, "kalau jodoh, In Shaa Allah tak kemana.. kau doalah banyak-banyak..". aku pun berkata, " baiklah.. kau pun doakan aku sama ye?". "yeee...aku doakan kau.", kata ajlaa.. "ajlaa, hazirah kirim salam.. aku telefon dia hari tu..." beritahu aku kepada ajlaa.. " ya ka? waalaikummussalam.. rindu gila aku kat dia.." jawab ajlaa..aku hanya ketawa kecil.. 

bersambung...

TAKDIR EP 2 (AIDA HUSNA)

Selepas membalas emel dari ajlaa.. aku ambil keputusan untuk beredar.. semasa ingin keluar dari cafe, aku telah terlanggar seorang lelaki..serentak buku-buku aku terjatuh bersama dengan buku-buku dia.. aku lantas mengutip buku aku.. "i'm sorry.. i didn't see you just now." kata aku.. tanpa sepatah kata,lelaki itu terus berlalu pergi..aku juga tidak sempat melihat wajahnya dan hanya tercengang melihat dia pergi..... "begitu saja dia pergi?hmm.. nak cepat kut.", kata aku dalam diam. aku segera pulang ke kolej untuk menyiapkan assignment yang diberikan.. aku masuk ke dalam bilik aku dan suasana sunyi sepi.. "nina ada kelas kut..", kata aku.. aku menanggalkan tudung dan pergi ke bilik air untuk membersihkan diri..selepas itu, aku menunaikan solat zuhur..usai solat zuhur, barulah aku menyiapkan assignment aku..selepas beberapa jam, aku menghadap komputer,buku rujukan,nota..aku mengambil keputusan untuk berehat sebentar.. "fuh,penatnya!", keluh aku...aku melihat telefon bimbitku, ada beberapa panggilan yang tidak aku jawab... dari ajlaa, mak, hazirah,dan jennifer..aku menelefon ajlaa.. "kenapa call we? sorry aku tak angkat, sibuk dengan assignment la.." kata aku.. ajlaa pun berkata," tak dak apa-apalah.. saja..aku rindu kau la.. haha...kau dah tengok gambar aku kat perancis?". "dah la.. cantik.. aku nak tau la pasal kau dengan lelaki yang kau jumpa kat sana tu..haha." ketawa aku...

bersambung.....